Derbi Milano Kali Ini Jana Keuntungan €4 Juta Dengan 75,000 Penyokong Hadir

Bayangkan hanya dalam satu malam, derbi Milano ataupun Derby Della Madonnina di antara AC Milan dan Inter Milan ini menjana keuntungan sekitar €4 juta ataupun RM19.37 juta.

Dalam siaran media rasmi AC Milan semalam, kelab tersebut mengesahkan angka itu untuk penganjuran perlawanan derbi Milani ke-168.

Ia adalah rekod terbaru dalam pendapatan pada hari perlawanan. 75,000 penyokong akan hadir menyaksikan perlawanan ini di stadium dan jutaan lagi di televisyen seluruh dunia.

Sehingga semalam, hanya tinggal 2,000 tiket di tingkat 3 zon hijau dan tingkat 1 zon merah. Ketika anda membaca artikel ini pagi ini, tiket mungkin sudah habis dijual.

Derbi ini sebelum ini agak menurun nilai komersialnya kerana krisis prestasi kedua-dua pasukan.

Namun musim ini dengan keupayaan Inter Milan menyaingi pasukan utama di Itali dan AC Milan yang memiliki ramai bintang, hasil perbelanjaan awal musim mereka, derbi ini kembali meningkatkan publisiti dan nilainya.

44 syarikat penyiar membeli hak penyiaran kali ini. Perlawanan ini akan ditayangkan di 180 negara di seluruh dunia. Malangnya kita di Malaysia tidak ada siaran untuk Serie A di stesen televisyen kabel, Astro.

Dijangka lebih 700 juta audien dari seluruh dunia akan menyaksikan perlawanan ini sama ada secara sah ataupun tidak sah. 250 petugas media dan 50 jurugambar diberikan hak untuk membuat liputan eksklusif..

Di tempat duduk VIP, ramai nama besar yang akan hadir. Antaranya, Paolo Maldini, Massimo Ambrosini, Mauro Tassotti, bekas pengurus AC Milan – Fatih Terim, rappers Ghali dan Ernia, serta ramai lagi.

Jangan lupa aksi AC Milan vs Inter Milan pada 3.45 pagi esok waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN