Deportivo La Coruna Cipta Kejutan, Kalahkan Barcelona Di Tempat Sendiri

Barcelona mengalami kekalahan yang sememangnya tidak diperlukan oleh mereka dalam misi untuk mengejar gelaran La Liga musim ini.

Kekalahan ini muncul selepas pasukan yang masih segar dengan kemenangan 6-1 menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam UEFA Champions League, tewas 2-1 di tangan Deportivo La Coruna.

Serba tak kena

Barcelona hadir ke gelanggang Deportivo dengan menyaksikan 5 pertukaran dilakukan oleh Luis Enrique selepas perlawanan menentang PSG.

Paling jelas adalah ketiadaan Neymar yang mengalami kecederaan.

Segalanya tidak kena buat Barcelona apabila Deportivo berjaya mendahului menerusi Joselu selepas percubaan jarak dekat beliau pada minit ke-40 untuk memberikan pendahuluan kepada tuan rumah.

Namun di awal separuh masa kedua, Luis Suarez menyamakan kedudukan menerusi penyudah pada minti ke-46 untuk memastikan pasukannya berada di landasan terbaik untuk kembali dalam perlawanan itu.

Seperti biasa, Barcelona menguasai perlawanan dengan menguasai 71% penguasaan bola untuk memastikan perlawanan berada dalam kawalan mereka.

Namun begitu, Bergantiños García muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Deportivo.

Gol itu hadir selepas beliau Deportivo memperoleh sepakan penjuru pada minit ke-74.

Macam mana La Liga sekarang?

Selepas kekalahan Barcelona, dipintas oleh Real Madrid yang hanya 1 mata sahaja dibelakang mereka dengan kelebihan 1 perlawanan.

Sambil Sevilla pula berada ditangga ke-3 dengan berbeza 3 mata dengan pasukan Catalan itu.

Kemenangan Deportivo itu membolehkan mereka terus bernafas untuk memastikan mereka terus kekal di luar zon penyingkiran.

Baca juga: Liverpool Bangkit Dari Ketinggalan, Tewaskan Burnley 2-1 Di Anfield

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN