Sebab Status Ikan Jadi Lauk Singa, Memphis Depay Kena Bahan Teruk

Sebelum perlawanan Lyon menentang Lorient, pemain baru sensasi Lyon, Memphis Depay telah melakukan banter sebelum perlawanan.

Dalam post twitter beliau sebelum perlawanan, Depay memuat naik status dengan kapsyen:

Fish on the menu… Du poisson au menu…

Ia bermaksud, Ada Ikan dalam menu (hidangan). Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, ikan adalah logo kepada FC Lorient.

Singa pula adalah lambang Olympique Lyonnais dan juga Depay memiliki tatu singa di kaki dan penuh di belakang beliau.

FC Lorient berada di zon penyingkiran, manakala Lyon pula berada di tangga ke-4 Liga. Namun, selepas tewas di tangan PSG pasukan Lorient telah menang 2 perlawanan berturut-turut sebelum perlawanan ini.

Memphis Depay nampak yakin untuk menewaskan kelab yang bergelut di zon penyingkiran ini.

Lyon menjaringkan 14 gol dalam 6 perlawanan Ligue 1 terakhir dan hanya tewas di tangan PSG dalam proses tersebut.

Malangnya, Lyon telah dibelasah 1-4 di tempat sendiri oleh Lorient.

Segalanya nampak sempurna buat Lyon dan Depay. Pemain antarabangsa Belanda ini telah menyumbang bantuan gol kepada gol pendahuluan Tolisso.

Namun sebelum wisel separuh masa dibunyikan Majeed Waris menyamakan kedudukan untuk Lorient.

Bersambung babak kedua, hanya 4 minit perlawanan bersambung, Sylvain Marveaux menjaringkan gol kedua untuk Lorient.

15 minit terakhir, Benjamin Moukandjo menjaringkan gol ke-3 dan ke-4 untuk membolehkan ikan makan singa.

Twitter meletus dengan berduyun-duyun netizen membalas balik banter Depay.

https://twitter.com/BentheScrivener/status/850833888062689280

Anda klik la sendiri status Depay di atas tu untuk melihat lebih banyak tweet balik kepada beliau.

Memang bahaya berhadapan dengan pasukan di zon penyingkiran pada akhir-akhir musim seperti ini.

Baca juga: Kontroversi Minit Akhir Menyaksikan Perak Ikat T-Team 2-2 Di Ipoh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN