“Saya mahu jadi legenda seperti Thierry Henry dan Dennis Bergkamp di Arsenal !”
Misi itulah yang mahu dicapai bintang baru Arsenal – Denis Suarez sebaik sahaja beliau tiba di London semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Arsenal secara pinjaman sehingga penghujung musim 2018/19.
Peminat ‘Arsenal’
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Suarez sebaik kelab London itu mengumumkan secara rasmi beliau sebagai pemain baru mereka.
Dalam temubual, beliau menjelaskan perasaan gembira menyertai Arsenal kerana ia merupakan kelab bola sepak yang selalu diikutinya sejak dari kecil lagi.
“Satu perkara yang tidak pernah diketahui orang ramai tentang saya adalah, ketika masih kecil, saya sering menyaksikan Premier League di TV, Arsenal adalah pasukan yang menjadi inspirasi saya,” kata Suarez.
Tambahnya lagi, “Saya sering menyaksikan Bergkamp dan Henry – mereka berdua adalah legenda kelab dan harapan saya adalah boleh mengikuti jejak langkah mereka di sini(Emirates).”
Selesa dengan pengurus
Suarez turut berkata, beliau mempunyai hubungan yang amat baik dengan pengurus Arsenal, Unai Emery.
Menurut Suarez, beliau pernah dibawah bimbingan Emery saat pengurus itu melatih pasukan Sevilla. Tanpa ragu, beliau akui yang Emery adalah salah seorang pengurus terbaik di dunia saat ini.
“Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya. Saya menghabiskan masa selama satu tahun bersamanya di Sevilla, saat kami memenangi Liga Europa.”
“Saya percaya dia sangat bagus sebagai seorang pelatih, dan merupakan salah satu pelatih terbaik di dunia saat ini – saya selalu berkata seperti itu,” jelas Suarez.
Denis Suarez berpeluang untuk melakukan debut pertamanya bersama Arsenal di Premier League untuk perlawanan menentang Manchester City di Etihad Stadium 3 Febuari ini.