Demo FIFA 16 Sudah Boleh Dimuat Turun

Nota Editor: Artikel ini merupakan artikel dari laman web Gamer Malaya yang ditulis oleh Hafiz Johar.

FIFA 16, sebuah game bola sepak popular akan mula berada dipasaran pada 24hb September ini.

Semalam, EA Sports mengumumkan bahawa versi demo FIFA 16 kini sedia untuk dimuat turun untuk semua platform seperti PlayStation 4, PlayStation3, Xbox One, Xbox 360 dan juga PC.

Versi demo FIFA 16 ini akan memberikan peluang kepada pemain untuk mencuba beberapa fungsi seperti Kick-Off Mode, FIFA Trainer, FIFA Ultimate Team Draft dan juga Skill Mode.

Baca: 5 Perkara Yang Mengujakan Mengenai FIFA 16

10 kelab pasukan yang terkenal akan dimainkan beserta dengan 2 pasukan wanita.

Berikut adalah kelab pasukan untuk versi demo:

  • FC Barcelona
  • Borussia Dortmund
  • Borussia Mönchengladbach
  • Chelsea FC
  • Inter Milan
  • Manchester City
  • Paris Saint-Germain
  • Real Madrid C.F.
  • River Plate
  • Seattle Sounders
  • USA Women’s National Team
  • German Women’s National Team

Screen shot 2015-09-10 at 11.57.09 AM

Hanya 3 stadium yang boleh anda guna untuk versi demo FIFA 16 ini iaitu:

  • Borussia-Park
  • CenturyLink Field
  • Santiago Bernabeu

Muat Turun Demo FIFA 16 Secara PERCUMA Sekarang Di Sini==> FIFA 16

Like page Gamer Malaya untuk dapatkan informasi dan sertai komuniti Gaming di Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN