Demi Survival, Kelab Divisyen 6 Jerman Ini Terima Tajaan Bintang Porno

Kelab amatur di Jerman, SV Oberwürzbach berjaya mendapatkan tajaan daripada bintang porno terkenal di negara tersebut, Lena Nitro.

Lena Nitro bermurah hari menaja pasukan ini. Jadi, nama Lena Nitro akan terpampang pada jersi dan hooded mereka. Satu lagi tulisann Lena Nitro.xxx akan dicetak kecil dalam satu lagi bahagian pada jersi mereka.

Segalanya bermula apabila mereka memikirkan satu idea gila untuk meminta Lena Nitro menaja mereka. Mereka menghubungi Lena dan dia dikatakan sukakan idea ini kerana unik.

Lena memang peminat bola sepak dan dia adalah penyokong tegar Borussia Dortmund.

Pengarah Sukan kelab mereka dan penjaga gol Mark Lang terus bergegas ke bandar Cologne untuk menemui Lena dan memuktamadkan perjanjian tersebut. Itu yang terus ‘posing’ seperti gambar pada ‘feature image’ tu.

Segalanya berjalan lancar kerana Lena Nitro seorang yang pemurah. Selepas pengumuman ini dibuat, nama kelab mereka popular mengejut. Ianya kerana publisiti pelakon dewasa ini yang sangat tinggi di Jerman.

Tidak lama selepas perjanjian dimeterai, Lena Nitro meraikannya dengan mengusik John Terry dengan troll yang menyatakan pemain Aston Villa tersebut kini mahu menyertai kelab divisyen Jerman itu.

SV Oberwürzbach sudah pun membuka tempahan untuk jersi mereka. Apalah yang emak ayah akan jawab kepada anak kecil mereka yang bertanya tentang nama penaja jersi ini.

Yang pasti kelab mereka mahu memastikan kelangsungan operasi mereka dengan mendapatkan tajaan seperti ini.

Macam-macam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN