“Demi Sanusi”- Baddrol Bakhtiar Beri Sebab Kenapa Sertai Dunia Politik

Bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar menyatakan beliau mempunyai sebab tersendiri kenapa dirinya menyertai dunia politik serta meninggalkan karier sebenarnya iaitu bola sepak profesional.

Sebelum itu, Baddrol mencipta kejutan pada pertengahan musim ini dalam saingan Liga Super 2023, selepas beliau menamatkan kontrak lebih awal bersama Sabah tatkala sedang mengecapi musim gemilang di sana.

Nama Baddrol tidak boleh dipertikaikan lagi dalam dunia bola sepak peringkat domestik atau antarabangsa, ekoran jasa yang disumbangkan beliau jelas terlalu besar.

Malah, Baddrol juga menjadi antara pemain tempatan yang sudah merasai semua kejuaraan peringkat domestik sepanjang karier beliau selaku pemain profesional.

Walaupun menikmati musim-musim akhir di Sabah, karier Baddrol jelas sangat diingati ketika pemain tersebut mewakili Kedah sejak awal pembangunan lagi.

Bersama Kedah, Baddrol menjadi antara pemain yang melakar sejarah ‘double trebel’ dan menjadikan Sang Kenari suatu ketika cukup digeruni dalam dunia bola sepak tempatan.

Ketika ini, Baddrol secara rasminya menyertai parti politik Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi di Kedah.

Ianya dianggap suatu kejutan tidak disangka, selepas Baddrol mengambil tindakan drastik untuk meninggalkan but bola sepak dan bakal terlibat dalam dunia serba baharu buatnya.

Jelas Baddrol, faktor beliau menyertai dunia politik sebenarnya adalah untuk mempertahankan Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selain perjuangkan agama serta bangsa.

Malah keputusan itu juga dibuat menerusi hatinya sendiri dan penghijrahan tersebut dianggap simbolik kepada Maal Hijrah tahun ini buat bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) tersebut.

“Pertamanya saya ingin memperjuangkan agama serta bangsa. Saya juga ingin mempertahankan individu yang orang sedang serang sekarang ini dan beliau juga tenang bertahan iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Itu sebab saya terhutang hati untuk perjuangkan Muhammad Sanusi dan pertahankan negeri Kedah ini di bawah beliau,” katanya menerusi Kosmo.

TERKINI: Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah, Kembali Semula Ke Kedah

Selain Baddrol, PN juga dijangka bakal mempertaruhkan seorang lagi bekas pemain bola sepak yang cukup terkenal di Kedah pada eranya iaitu Radhi Mat Din.

Sumber:
Kosmo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN