Demi Masa Depan Negara Tak Salah Pan-gon Peduli Tentang TMJ

Tiada masalah untuk Kim Pan-gon peduli tentang keputusan pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang mahu mengundurkan diri dari terus menguruskan kelab miliknya Johor Darul Ta’zim.

TMJ semalam telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan peminat bola sepak seluruh negara selepas mengumumkan pengunduran dirinya dari JDT.

TMJ undur diri

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,”

Jelas TMJ pada kenyataan tersebut menerusi laman JST.

Berita itu jelas sekali mengejutkan ramai pihak terutama di kalangan para peminat.

Tidak ketinggalan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut sedih dengan berita tersebut dan berharap agar TMJ tidak meneruskan hasratnya itu.

Kim Pan-gon sedih dengan keputusan TMJ

Menerusi kenyataan yang disiarkan oleh akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih warga Republik Korea itu menggesa agar TMJ mempertimbangkan keputusannya kerana menganggap ia satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia.

“Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam. Lantaran itu, bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,”

Jelas Pan-gon.

Satu hal yang pasti, Pan-gon tentunya bersedih kerana beliau merasakan beliau akan kehilangan sokongan dari individu yang benar-benar bersemangat mahu menaikkan martabat bola sepak negara.

Pan-gon dihentam kerana dianggap menjilat

Kenyataan dari pengurus skuad kebangsaan Malaysia itu tidak diterima dengan baik oleh para peminat yang menganggap beliau sebenarnya sekadar ‘menjilat’.

Ramai yang menghentam pengurus dari Korea Selatan itu kerana mengeluarkan kenyataan tersebut dan lebih teruk lagi beliau turut dianggap mengetepikan tugasnya semata-mata untuk menjilat TMJ.

Beliau digesa supaya memberi tumpuan kepada persiapan skuadnya menjelang aksi bertemu Bahrain dan berhenti mengeluarkan kenyataan berkait isu TMJ.

Adakah menjadi masalah untuk Pan-gon peduli tentang TMJ?

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1535128969061998592?t=VTZoqUG2en4OlRumO8YiCw&s=19

Sebenarnya Pan-gon hanya mengeluarkan satu kenyataan sahaja tentang isu melibatkan TMJ dan kenyataan itu juga dibuat selepas beliau mendapat soalan dari wartawan.

Jadi apa jawapan yang patut Pan-gon beri?

Wajar untuk beliau sedih dan berharap agar TMJ tidak mengundurkan diri kerana beliau sendiri sedar sumbangan pemilik JDT itu terhadap bola sepak negara.

Pan-gon sendiri tahu beliau akan kehilangan sokongan dari individu yang sememangnya benar-benar berhasrat mahu melihat bola sepak negara berkembang lebih jauh.

Kehilangan TMJ bakal beri impak pada sukan bola sepak negara

Kehilangan TMJ sedikit sebanyak jelas sekali akan  beri impak kepada dunia sukan bola sepak tanah air,

Baginda merupakan individu paling lantang dalam menjaga kebajikkan para pemain dan hal itu boleh dilihat sendiri oleh semua pihak dari tindakannya.

TMJ juga senantiasa berusaha mahu menambah baik tahap permainan bola sepak negara dan banyak sebenarnya yang sudah beliau lakukan untuk hal itu.

Baginda juga merupakan individu penting yang berjuang agar pihak berwajib memperbaiki kualiti padang dan hal itu tiada siapa ambil peduli sebelum ini.

Dan kerana itulah Pan-gon sangat sedih dengan keputusan baginda itu dan kenyataan yang beliau buat sebenarnya bukanlah kerana kepentingan beliau sendiri, sebaliknya ia kerana masa depan bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN