Demi Limpahan Wang, Neymar Sanggup Tinggalkan Eropah

Perpindahan bintang Brazil, Neymar Jr ke saingan liga di Arab Saudi sebenarnya memberi satu persoalan yang cukup signifikan kepada peminat bola sepak di dunia.

Apakah beliau sudah tiada rasa ghairah dalam memburu kejuaraan di Eropah atau episod kecederaan yang sering dialami oleh dirinya menyebabkan beliau memilih kewangan demi masa depan?

Jika kita teliti kembali tawaran yang diterima serta permintaan darinya kepada kelab baharu Al-Hilal, ternyata Neymar memilih segalanya kerana duit.

Kapten skuad kebangsaan Brazil ini telah menerima kontrak selama dua tahun yang akan menyaksikann beliau menerima gaji sangat lumayan £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.

Jika diamati dari segi gaji yang diterima termasuk segala perjanjian bersama pasukan, pemain kelahiran Brazil ini boleh diumpamakan seolah pergi bercuti sambil mengumpul duit untuk hari tuanya di Arab Saudi.

Sebelum ini, namanya dikaitkan akan berpindah ke English Premier League (EPL) namun, ternyata liga lain yang menarik minat Neymar untuk perjalanan karier beliau masa hadapan.

Kalau dilihat pada usianya ketika ini, beliau masih relevan sebenarnya di beberapa liga terbaik terutama EPL atau sekitar Eropah.

Jika Neymar memilih EPL sebagai destinasi seterusnya, pasti nama beliau akan terus diingati malah prestasi dirinya juga akan berada di tahap terbaik.

Dari segi kejuaraan liga, pemain berusia 31 tahun ini telah kecapi pelbagai piala ketika bersama Paris Saint-Germain (PSG), namun masih kempunan dari segi kejuaraan UEFA Champions League (UCL).

Nampaknya ketika ini pasukan di Arab Saudi telah melabur begitu banyak untuk membawa pemain terbaik seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Roberto Firmimo dan ramai lagi.

Adakah pelaburan Arab Saudi ini akan membawa bola sepak negara itu lebih maju atau ia sekadar untuk mempromosikan negara itu kepada dunia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN