Kelab yang sedang mengalami krisis prestasi, Arsenal dilihat bersedia untuk melakukan tindakan drastik yang mungkin akan mengundang reaksi pelbagai peminat mereka.
Hal ini kerana, mereka kini bersedia untuk melepaskan ketua pasukan iaitu Pierre-Emerick Aubameyang kepada mana-mana kelab yang berminat.
Arsenal Dan Barca Mahu Membuat Pertukaran Pemain Melibatkan Aubameyang
Keputusan itu dibuat selepas Arsenal kini tidak lagi berasakan yang pemain tersebut merupakan aset utama kelab yang memerlukan pengurusan untuk mempertahan separuh mati.
Arsenal kini dikhabarkan bersedia untuk menerima mana-mana tawaran dari kelab lain untuk ketua pasukan mereka itu dengan syarat ianya munasabah.
Keputusan ini dilihat selepas Arsenal berasakan yang Aubameyang kini tidak lagi memberikan persembahan yang diharapkan.
Prestasi musim lalu menyaksikan Aubameyang hanya menjaringkan 14 gol sahaja dengan 10 daripadanya adalah dalam saingan Premier League.
Keputusan dilakukan Arsenal ini juga dilihat sebagai tindakan mereka untuk menambah dana pasukan dengan menjual Aubameyang.
Sekiranya Aubameyang berjaya dijual, ia membolehkan Arsenal untuk membawa pemain baharu barangkali penyerang yang lebih muda dan tajam untuk menjaringkan gol.
Menurut laman Transfemarkt, Aubameyang dinilaikan dengan harga €25 juta ketika ini.
Namun Arsenal mungkin tidak akan melepaskan pemain itu dengan harga sedemikian sebaliknya mereka mungkin hanya melayan tawaran harga yang lebih tinggi daripada nilai tersebut.
Selain Aubameyang, seorang lagi pemain Arsenal iaitu Lucas Torreira juga dijangka bakal berpindah keluar dari kelab itu.
Beliau yang nyata sudah tidak digemari oleh Mikel Arteta kini dalam perjalanannya ke Fiorentina.