Demi Jaga Maruah, Ten Hag Sanggup Tak Turunkan Ronaldo Walaupun Dibelasah City

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengaku mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau enggan menurunkan khidmat penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo dalam aksi Derbi Manchester.

Menurut pengurus yang berasal dari Belanda itu, beliau tidak memasukkan Ronaldo disebabkan untuk menghormati kerjaya besar pemain tersebut, tatkala United ketinggalan dengan jaringan agak besar kepada lawan iaitu Manchester City.

Pada aksi semalam, United mencatat kekalahan 3-6 di Stadium Etihad dalam saingan English Premier League (EPL), setelah Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing meledak hatrik ketika perlawanan berlangsung.

Walaupun begitu, kelibat bintang baharu United Antony berjaya untuk meledak satu gol di separuh masa kedua sebelum pemain gantian, Anthony Martial mencatat dua jaringan peribadinya di gelanggang lawan.

Namun, siri kebangkitan yang cuba dipamerkan oleh United ketika itu dilihat tidak dapat mengubah apa-apa lagi setelah mereka tampil begitu terk sewaktu separuh masa pertama.

Ketika perlawanan berlangsung, Ten Hag dilihat cuba untuk menukar rentak permainan pasukan kendaliannya menerusi lima pertukaran dibuat.

Pemain yang dimasukkan beliau ketika itu ialah Victor Lindelof, Casemiro, Anthony Martial, Luke Shaw, serta tonggak tengah berpengalaman iaitu Fred.

Namun, penyerang sensasi United iaitu Cristiano Ronaldo jelas dibiarkan oleh Ten Hag di bangku simpanan setelah pengurus tersebut lebih memerlukan khidmat Martial di bahagian serangan.

Beberapa kali kamera memberi fokus kepada Ronaldo ketika perlawanan berlangsung itu jelas menunjukkan pemain tersebut memberi reaksi muka agak kecewa kerana tidak dapat memberikan sesuatu pada aksi ini.

Selepas perlawanan tamat, Ten Hag telah disoal mengenai keputusannya tidak membawa turun Ronaldo pada aksi tersebut dan lebih memilih Martial selaku penyerang gantian.

Jelas Ten Hag ketika itu menerusi Sport Bible, beliau menyatakan Ronaldo tidak dibawa turun kerana atas dasar menghormati reputasi penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal tersebut.

Ini kerana United ketika itu sedang ketinggalan dengan jumlah jaringan agak besar, dan keputusan membawa masuk Ronaldo dianggap seperti tidak menghormati rekod cemerlang karier pemain tersebut.

“Kelebihan lain yang saya peroleh ketika menurunkan Martial ialah pemain ini berjaya mendapat minit permainan dan selebihnya saya tidak mahu terlalu menekankannya,” jelas Ten Hag.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN