Demi Duit Raya, Fernando Torres Jadi Menteri Pertahanan Uruguay

Demi untuk mendapatkan duit raya, seorang kanak-kanak secara bersahaja menjawab Fernando Torres adalah Menteri Pertahanan Uruguay, kepada satu soalan yang ditanya untuk mendapatkan duir raya.

Jawapan kanak-kanak itu menjadi tular melalui sebuah video yang dikongsikan oleh pembuat kandungan Instagram, Daniel Zahalan baru-baru ini.

Video tersebut dirakam secara rawak apabila Daniel mensyaratkan agar kanak-kanak itu menjawab satu soalan am terlebih dahulu sebelum diberikan duit raya.

Tetapi sejujurnya, soalan sedemikian sebenarnya agak susah untuk dijawab. Malah kami percaya kebanyakkan orang dewasa sekali pun tidak akan tahu jawapan kepada soalan tersebut, tanpa melakukan sebarang pencarian.

Di dalam video itu, kanak-kanak sekitar usia 10-12 tahun itu juga kelihatan seperti kebingungan dengan soalan ditanya – tetapi tetap yakin menjawab Fernando Torres sebagai Menteri Pertahanan Uruguay.

Sekurang-kurangnya, kanak-kanak itu tahu Uruguay adalah negara Amerika Latin kerana menamakan Fernando Torres.

Walaupun Torres adalah warganegara Sepanyol, kedua-dua negara (Uruguay dan Sepanyol) memiliki latar belakang budaya yang sama dan rakyatnya bertutur di dalam Bahasa Sepanyol.

Jawapan kanak-kanak itu juga membuktikan dirinya adalah peminat sukan bola sepak.

Jawapan salah

Kita semua tahu jawapan tersebut sebenarnya adalah salah. Menteri Pertahanan Uruguay pada hari ini adalah Javier García Duchini.

Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Uruguay sejak 1 Mac 2020.

Fernando Torres seperti semua sedia maklum adalah bekas penyerang Liverpool, Chelsea dan Atletico Madrid dan merupakan pemenang Piala Dunia 2010, selain Euro 2008 dan 2012 bersama Sepanyol.

Kelab terakhir yang disertai beliau sebelum bersara sebagai pemain ialah Sagan Tosu di Liga Jepun.

Sepanjang karier sebagai pemain, Torres pernah melakukan 768 penampilan dan menjaringkan 263 gol di peringkat kelab.

Torres turut merekodkan 110 penampilan untuk negaranya dan pernah menjaringkan 38 gol di pentas antarabangsa.

Pada hari ini Fernando Torres adalah jurulatih skuad remaja Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN