Demi Cologne, Timo Horn Dan Jonas Hector Kekal

Setiap pasukan yang teesingkir daripada liga utama akan risau dengan potensi kehilangan pemain utama. Sama ada pemain pergi kerana mahu bermain di liga tertinggi ataupun kelab terpaksa melepaskan mereka kerana pendapatn kelab yang merosot.

Jadi kelab perlu melihat budget mereka dan ada pemain terpaksa dilepaskan kerana pengurangan kos operasi.

Gaji sentiasa menjadi isu mustahak dalam perkara ini. Pemain mahu pergi ke kelab yang menawarkan kontrak lebih besar.

Namun ada juga pemain yang sanggup kekal dengan sesebuah kelab walaupun mendapat tawaran jauh lebih lumayan daripada kelab lain. Misalnya Paolo Maldini untuk AC Milan, Scholes dan Giggs untuk Man. United, dan Steven Gerrard untuk Liverpool.

Untuk Jonas Hector dan Timo Horn, mereka memutuskan mahu kekal dengan FC Cologne walaupun tersingkir ke Bundesliga 2 musim hadapan.

2 pemain ini mendapat perhatian banyak kelab lain di Jerman dan seluruh Eropah. Jonas Hector dilaporkan menarik minat Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Juventus. Beliau masih menjadi pemain penting Joachim Loew di Jerman.

Ia mengingatkan kita kepada kesetian Buffon, Del Piero dan Nedved ketika Juventus disingkirkan ke Serie B.

Horn dan Jonas Hector mahu membantu FC Cologne untuk bangkit semula musim hadapan. Ini bukan pertama kali beliau menolak tawaran kelab lain dan setia dengan Colognne. Jonas Hector berkata:

“Kenapa saya nak pergi ke kelab lain? Saya sudah miliki segalanya di sini.”

“Keputusan ini lebih bersifat peribadi. Saya selesa di sini, di bandar ini, di kelab ini. Saya terasa seperti di rumah sendiri dan sentiasa gembira di sini. ”

“Saya boleh sahaja menukar kelab musim depan tetapi buat masa ini saya rasa ianya tidak kena pada masanya.”

Timo Horn yang dikaitkan dengan beberapa kelab besar termasuk Arsenal berkata:

“Saya nak kekal di kelab ini. Ini pasukan saya, ini rumah saya. Ini saya pernah katakan sejak dahulu lagi.”

Horn menyertai Cologne sejak berusia 9 tahun lagi.

“Walaupun musim yang sukar, kami masih mampu mencipta beberapa perkara hebat untuk musim akan datang. Saya akan buat yang terbaik untuk membawa kelab ini ke landasan kejayaan.”

Lukas Podolski yang merupakan peminat dan bekas pemain Cologne kagum dengan semangat 2 bintang ini. Beliau sendiri tidak menolak kemungkinan untuk bermain dengan Cologne sekali lagi bagi membantu kelab tersebut bangkit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN