Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan untuk menerima kehadiran para delegasi dari beberapa FA negeri untuk menyatakan sokongan agar TMJ menjadi presiden FAM yang baharu.
Pertemuan tersebut menyaksikan beberapa wakil delegasi dari beberapa FA negeri datang untuk meminta perkenan dari Sultan Johor mengenai pencalonan anakandanya iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi presiden baharu FAM.
Enam delegasi
Seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi JDT di Facebook iaitu JOHOR Southern Tigers, sebanyak 6 buah delegasi dari FA negeri yang merupakan ahli gabungan FAM hadir untuk memperoleh perkenanan Sultan Johor untuk mencalonkan anakandanya dalam pemilihan jawatan Presiden FAM.
Pertemuan tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi, Johor.
Dalam petemuan tersebut, delegasi-delegasi yang hadir dijamu dengan santapan tengah hari oleh pihak tuan rumah.
TMJ dijangka akan menyertai saingan 4 penjuru dalam pemilihan presiden baharu FAM yang akan dipilih pada bulan Mac ini.
Baginda akan ditentang oleh 3 lagi calon iaitu bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Selain itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga turut dijangka bakal serta dalam pemilihan ini termasuk bekas Presiden Perbadanan Putrajaya – Tan Sri Aseh Che Mat.
TMJ ketika ditanyan oleh Sultan Johor mengenai perkara ini, baginda menjawab:
“Patik hanya menjunjung titah Tuanku.”
Ia dibalas dengan respon baginda selepas itu dengan “Ubahlah air muka bola sepak tanahair.”
Baca juga: Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?