Bintang tengah England, Dele Alli disahkan terus bermain dengan Tottenham Hotspur apabila beliau menandatangani kontrak baru jangka panjang sehingga 2024, menurut jurucakap kelab Liga Perdana Ingeris itu hari ini.
Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Spurs pada tahun 2015 dan telah menjaringkan 48 gol daripada 153 penampilan kompetitif bersama kelab.
Dele Alli in all competitions for Tottenham Hotspur:
⚪ 153 appearances
⚽ 48 goals
🅰️ 35 assists2024. pic.twitter.com/vY7cDGoMZ9
— SCOUTED (@scoutedftbl) October 30, 2018
Dia menyertai Harry Kane, Son Heung-min, Davinson Sanchez dan Harry Winks yang telah pun mengikat kontrak jangka panjang sebelum ini.
“Kami gembira mengumumkan Dele Alli telah mengikat kontrak baru bersama kelab sehingga 2024,” kata Spurs dalam laman web kelab.
“Pemain tengah itu menyertai kami dari kelab zaman kanak-kanaknya, MK Dons pada 2015 dan pantas mencipta impak dalam Liga Perdana. Dia dipilih Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA dalam dua musim bersama kami.”
Spurs kini di tangga kelima liga selepas tewas 1-0 kepada pendahulu Manchester City di tempat sendiri.
COMPARED: Dele Alli vs. 12 modern Premier League greats after their first 100 games – https://t.co/0YYfoa23P8
Better than Cristiano Ronaldo's… 😳 pic.twitter.com/iBpofSK3D7
— Squawka (@Squawka) October 30, 2018
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menyifatkan bahawa pemain tengah, Dele Alli merupakan pemain muda yang terbaik dunia ketika ini.
Penerima anugerah ‘PFA Young Player Of The Year’ bagi dua musim berturut-turut ini sedang menikmati prestasi terbaiknya bersama Tottenham.
Di samping itu, Pochettino juga mahukan sesuatu yang lebih baik dari Alli dan beliau memuji perkembangan positif dilihat sejak kehadirannya di kelab London itu pada tahun 2015.
Dele Alli's three full seasons in the Premier League:
2015/16: 33 games; 10 goals & 9 assists
2016/17: 37 games; 18 goals & 7 assists
2017/18: 36 games; 9 goals & 10 assistsA few more to come. pic.twitter.com/w1OZn5Pk0S
— Squawka (@Squawka) October 30, 2018
”Kami mengharapkan yang lebih baik dari dia? Ya, sudah tentu tetapi dari hari pertama kami memberikan penampilan pertamanya bersama kami, dia telah menunjukkan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.”
”Mungkin tidak penting bagi orang ramai yang mengkritiknya untuk mendengar penjelasan dari saya kerana saya hanya merupakan seorang jurulatih yang ‘simple’.
”Tetapi saya berjanji kepada anda, saya merupakan seorang yang sangat kritikal dengan pemain saya. Sangat sukar untuk mengkritik Dele (Alli).” jelas Pochettino.