Bekas pemain Juventus, Alessandro Del Piero mendedahkan bahawa wujud watak penting di sebalik kejayaan kelab itu membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Turin.
Individu yang dimaksudkan Piero itu adalah pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici.
Paratici memang dikenali sebagai watak utama dalam membantu Juventus untuk merekrut pemain-pemain muda ke kelab itu sejak beliau memegang jawatan pada Mei 2010.
Paratici bawa Ronaldo ke Turin
Del Piero berpendapat persetujuan Ronaldo untuk menyertai Juventus adalah kerana pengaruh Paratici.
Beliau juga percaya, prestasi cemerlang Ronaldo bersama Juventus ketika ini berhubung kait dengan pengarah sukan itu.
“Ronaldo? Saya percaya bahawa Paratici telah menyumbang kepada impak yang diberikannya kepada Juventus,” kata Del Piero kepada Sky Sport dipetik menerusi Calciomercato.
“Cristiano telah memenangi banyak gelaran dan juga lima Ballon d’Or, kemampuannya tidak boleh diragukan. Dia membawa Juventus ke tahap yang lebih tinggi dari segi prestasi dan keputusan,” lanjutnya.
Bintang Portugal itu didatangkan ke Juventus dengan nilai perpindahan mencapai 105 juta euro (RM494.65 juta) dengan pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bernilai 30 juta euro (141.27 juta) semusim.
Selepas 16 perlawanan, Ronaldo telah menjaringkan 10 gol serta 5 bantuan gol untuk Juventus. Sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain Juventus terpantas menjaringkan 10 gol dalam musim pertama.
Juventus semakin kuat
Bercakap mengenai prestasi Juventus pada musim ini, Del Piero sebagai berkata, beliau begitu kagum melihat kekuatan pasukan selepas kehadiran Ronaldo.
“Juventus telah menunjukkan kekuatannya. Mereka tidak melakukan kesalahan apapun.”
Bertanya mengenai persaing pasukan Inter Milan, Del Piero menjawab, “Inter? reaksinya baik bagi kami apabila mereka kalah kepada Atalanta. Tetapi jarak dengan Juventus masih sangat jauh.”
Juventus kini mendahului kedudukan Serie A dengan mengumpul 37 mata daripada 13 perlawanan. Sementara Inter Milan masih kekal di tempat ketiga dengan dibezakan sembilan di belakang Juventus.