Quantcast

BERITA

Del Bosque: Saya Gugurkan Costa Dan Cazorla Kerana Mereka Tak Cergas

Vicente del Bosque menjelaskan punca sebenar beliau tidak memilih Diego Costa dan Santi Cazorla dalam skuad cadangan Sepanyol untuk EURO 2016 adalah kerana mereka tak cukup cergas.

Costa dan Cazorla adalah antara 2 nama yang disisihkan ketua jurulatih Sepanyol tersebut daripada skuad 25 pemain untuk kempen EURO 2016.

Senarai 25 pemain tersebut akan dipotong kepada 23 pemain pada minggu depan.

Antara nama besar lain yang tak terpilih adalah Juan Mata (Manchester United) dan Paco Alcacer (Valencia).

Tak mahu terbeban

Menurut del Bosque, beliau terpaksa menyisihkan pemain yang tak cergas kerana tidak mahu terbeban dengan masalah mereka.

“Kami dah pun mempunyai 2 pemain yang sedang cedera, Lucas Vazquez dan David Silva. Jadi saya tak mahu dibebankan dengan masalah ini lagi dengan membawa pemain yang tak cergas pula,” kata Del Bosque.

Del Bosque turut menambah:

“Santi (Cazorla) telah cedera selama 5 bulan. Saya tak rasa saya membuat keputusan bujak jika membawanya.”

“Sergio Asenjo pula memberitahu beliau masih gembira walaupun berada dalam senarai menunggu. Saya mahu bawa dia. Jadi saya rasa sedih bila pemain yang sepatutnya layak sepertinya tak dapat masuk (senarai 25 pemain).”

“Mario Gaspar adalah seorang lagi pemain yang saya rasa layak. Begitu juga dengan Fernando Torres. Tapi saya terpaksa membuat keputusan yang sukar.”

Bakal berundur selepas EURO 2016

Del Bosque juga menjelaskan beliau takkan berganjak dariapda keputusannya untuk mengundur diri selepas EURO 2016, walau apa juga keputusan Sepanyol di Perancis nanti.

Beliau juga menyatakan rasa bangganya apabila 3 pasukan Sepanyol sedang terlibat dalam final UEFA Champions League dan Europa League. Tetapi beliau juga risau dengan persiapannya.

“Kita ada 3 pasukan dalam 2 final Eropah. Kemudian kita da lagi final Copa del Rey. Saya hanya boleh mengumpul semua pemain selepas 4 Jun. Itu pastinya akan memberi cabaran.”

Skuad 25 pemain Sepanyol EURO 2016:

Penjaga gol: Iker Casillas, David de Gea, Sergio Rico

Pertahanan: Sergio Ramos, Gerard Pique, Dani Carvajal, Jordi Alba, Marc Bartra, Cesar Azpilicueta, Mikel San Jose, Juanfran

Tengah: Bruno Soriano, Sergio Busquets, Koke, Thiago Alcantara, Andres Iniesta, Isco, David Silva, Pedro, Cesc Fabregas, Saul Niguez

Penyerang: Aritz Aduriz, Nolito, Alvaro Morata, Lucas Vazquez

Dipanggil ke perlawanan persahabatan pra-EURO 2016:

Pau Lopez, Sergio Asenjo, Hector Bellerin, Jony Rodríguez, Diego Llorente, Jorge Meré, Denis Suarez, Inaki Williams, Pablo Fornals, Mikel Oyarzabal