Del Bosque Pilih Mbappe Bukannya Neymar Yang Jadi Bahan Jenaka Kanak-Kanak

Dalam satu wawancara, Vicente Del Bosque ditanya sama ada beliau memilih Neymar ataupun Mbappe jika ada peluang untuk membeli salah seorang daripada mereka menyertai Real Madrid.

Del Bosque tidak berfikir panjang dan berkata, di antara 2 pemain itu, Mbappe sentiasa pilihan utama.

Real Madrid dikaitkan dengan perpindahan 2 pemain ini dalam jendela perpindahan kali ini. Beberapa hari lalu Mbappe tidak menolak kemungkinan akan kekal ataupun akan keluar dari PSG.

Neymar tahun lalu menyatakan beliau perlukan lebih cabaran. Ini kerana Ligue 1 dilihat bukan liga terbaik untuk beliau.

Thomas Tuchel sendiri menyatakan beliau tiada jaminan 2 pemain itu akan terus kekal di PSG. Menganggap mereka berdua terlalu bagus untuk menarik perhatian mana-mana kelab elit di dunia.

Mbappe menjadi nadi penting Perancis dalam membawa pulang Piala Dunia ke kota Paris.

Sementara itu Neymar juga menjadi arkitek utama dalam generasi baru Brazil pada hari ini.

Jika Del Bosque adalah pengurus Real Madrid, beliau berkata: “Saya akan beli Mbappe. Ini kerana ianya pembelian yang lebih masuk akal.”

“Neymar? Budak-budak kecil pun jadikan beliau bahan jenaka dengan berguling di atas padang mengajuknya.”

Del Bosque percaya bahawa Real Madrid memiliki pasukan yang sangat baik, dengan barisan pemain yang mereka miliki. Namun sayangnya mereka gagal mencapai keputusan lebih baik pada musim 2018/19.

“Real Madrid ada kelompok pemain yang hebat namun kejayaan itu tidak datang. Menukar jurulatih 2 kali boleh dikatakan antara perkara terburuk berlaku kepada mana-mana kelab [inikan pula menukar sampai 3 kali].”

Seterusnya Del Bosque memarakkan api perseteruan di antara Real Madrid dengan Barcelona apabila menyatakan: “Ketika saya menjadi pengurus Real Madrid, satu-satunya keraian yang Barcelona ada adalah ulangtahun kelab.”

https://twitter.com/TheSporTalk/status/1131580388080533504

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN