Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren melaungkan keyakinan menggunung menjelang pertemuan menentang Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti.
Pemain skuad kebangsaan Croatia itu menyifatkan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan Liverpool untuk bertemu juara 12 kali piala berprestij tersebut.
Liverpool dan Real Madrid berjaya melepasi cabaran hebat oleh diberikan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir untuk mengulangi pertemuan akhir yang melibatkan kedua-dua pasukan pada tahun 1981.
”Mereka (Real Madrid) cukup yakin tetapi kami tidak peduli dengan perkara itu. Kami memberikan sepenuh tumpuan terhadap tugas kami,” jelas pertahanan berusia 28 tahun itu.
”Mengapa kami perlu takut kepada mereka? Mereka yang sepatutnya takut kepada kami.”
Dalam pada itu, Lovren turut memberikan penghormatan terhadap impak bermakna yang disumbangkan oleh Jurgen Klopp yang mula membimbing Liverpool pada Oktober 2015.
”Dia (Jurgen Klopp) telah mengubah banyak perkara buat kelab ini. Bukan hanya pemain tetapi perkara sekitar kelab, orang ramai, dia telah mengubah mentaliti, bagaimana cara dia berfikir.”
”Segalanya lebih positif ketika ini.”
”Walaupun apabila kadangkala kami tidak bermain dnegan baik, dia sentiasa mencari perkara yang bagus dan tidak negatif.”
”Ia bukannya kebetulan apabila dia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013 bersama Borussia Dortmund.”
”Dia telah mengembalikan semula kebanggaan kelab. Semua orang merasakannya.”
”Semua orang seharusnya berbangga mempunyai seorang pengurus seperti dia.”
Dejan Lovren mula menyertai Liverpool pada 27 Julai 2014 dari Southampton dengan nilai £20 juta yang menjadikannya sebagai pertahanan termahal Liverpool ketika itu.