Pemain tengah Sweden, Dejan Kulusevski telah melengkapkan perpindahan dari Atalanta ke Juventus dengan perjanjian bernilai €35 juta.
Mungkin dalam kalangan peminat bola sepak, nama ini tidaklah begitu dikenali, tetapi persoalannya mengapa kelab sebesar Juventus berani mendapatkan pemain muda ini?
SemuanyaBOLA akan memberikan beberapa maklumat yang mungkin dapat menerangkan serba sedikit mengenai pemain kelahiran Stockholm ini.
1. Ibu bapanya bukan berasal dari Sweden
Ibu dan bapa pemain berusia 19 tahun itu merupakan seorang imigran dari Macedonia tetapi Kulusevski telah dilahirkan di Sweden. Maka Kulusevski layak untuk beraksi buat negara tersebut.
Pasukan pertama yang disertainya sejak berusia 6 tahun adalah akademi IF Brommapojkarna, sebuah kelab Sweden yang berpangkalan di Bromma.
Pada 2016, Kusevski menyertai akademi Atalanta dan bermain dengan pasukan remaja kelab itu sehinggalah beliau membuat penampilan pertama bersama skuad utama dalam saingan Serie A pada 20 Januari 2019.
Dejan Kulusevski for Atalanta U19 during 2018/2019 season:
✅23 games
⚽️11 goals
🅰️14 assists
🏆Campionato Primavera
🥇Campionato Primavera MVPFrom youth football star to Serie A star worth 35M€ in just one year. pic.twitter.com/1GVpFxS2QD
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) January 3, 2020
2. Memilih mewakili Sweden di peringkat antarabangsa
Di peringkat antarabangsa, Kulusevski pada awalnya bermain untuk negara ibu bapanya iaitu skuad bawah 17 tahun (B-17) Macedonia. Tetapi kemudian beliau membuat keputusan untuk mewakili Sweden dan bermain untuk skuad B-17, B-19 dan B-21 negara Skandinivia itu.
Pemain remaja tersebut membuat penampilan pertama bersama skuad utama Sweden dalam perlawanan Kelayakan Euro 2020 ketika menang ke atas Faroe Island pada November lalu.
https://twitter.com/MacedonianFoot/status/1196556909966430208?s=20
3. Dipinjamkan ke Parma oleh dua kelab berbeza dalam semusim
Kulusevski telah menandatangani kontrak selama 4 setengah tahun denga Juventus tetapi beliau akan kembali dipinjamkan ke Parma sehingga akhir musim ini.
Atalanta pada Julai lalu telah meminjamkan Kulusevski kepada Parma untuk tempoh semusim sehingga 30 Jun 2020 dan setakat ini beliau telah pun menjaringkan empat gol dan tujuh bantuan jaringan dalam 17 penampilan.
Harga Kulusevski boleh mencecah sehingga €44 juta bergantung kepada terma dan syarat yang dipersetujui.
4. Cara permainan
Pemain yang berketinggian 1.84 meter ini sebenarnya merupakan peminat tegar sukan bola keranjang. Dalam bola sepak, Kulusevski adalah seorang pemain tengah kotak ke kotak, tetapi beliau juga boleh beraksi dengan baik apabila beraksi sebagai pemain sayap menyerang.
Jika bermain di posisi tersebut, Kulusevski lebih gemar bermain di bahagian bagi membolehkannya masuk ke bahagian tengah dan membuat rembatan kencang menggunakan kaki kirinya seperti yang kerap dilakukan Arjen Robben.
Beliau juga mempunyai kekuatan dan ketahanan kerana kelebihan fizikalnya. Kelajuan, stamina yang tinggi serta teknik hantaran yang tepat, tetapi senjata utamanya adalah mampu mengubah rentak permainan dengan pantas yang membuatkan lawan terperangkap.
Sebahagian jurulatih di Itali melihat Kulusevski adalah ibarat Mohamed Salah ketika zaman remajanya yang rajin membuat larian di seluruh padang.
THREAD ALERT ‼️
Inter's no.1 target for January is Dejan Kulusevski according to Italian Media.The 19 Year old Swedish talent is on loan at Parma from Atalanta, but I don't know much about him as I haven't watched Parma
I hope to shed some light on the type of player he is pic.twitter.com/YsF2Jvdlgu
— Uncle $harma 🎙️ (@RSharmzz) November 13, 2019
5. Memilih Zlatan Ibrahimovic sebagai idola
Sebagai seorang legenda, sudah tentu Ibrahimovic telah menjadi inspirasi kepada jutaan anak-anak muda di Sweden cintakan sukan bola sepak.
Seperti Kulusevski, Ibrahimovic juga merupakan anak kepada imigran atau pendatang di Sweden dan tidak hairan mengapa pemain baharu AC Milan tersebut dianggap sebagai model ikutan buat dirinya.
Vilket lag vinner EM 2020? Totti eller Del Piero? Pasta eller pizza? Det svenska stjärnskottet Dejan Kulusevski svarar här på tio snabba frågor av SVT Sport. #fotboll #twittboll #Zlatan #Kulusevski pic.twitter.com/OUg4z24jDo
— SVT Sport (@SVTSport) December 28, 2019