Troy Deeney semalam berseloroh dengan pengulas selepas tamat perlawanan menyatakan yang anaknya pasti sedang marah menantinya di rumah.
Ini kerana Deeney telah menjaringkan gol menentang Arsenal. Pada musim lalu, anak Deeney anak beliau memberitahu ayahnya yang dia nak Arsenal menang ketika bertemu Watford dalam suku akhir Piala FA.
“Dia gembira sangat ketika itu kerana akhirnya dia berpeluang ke Emirates buat pertama kali untuk menyaksikan Arsenal.”
“Dia duduk di tempat duduk penyokong Watford dan saya dah pesan supaya dia jangan meraikan gol Arsenal. Atau saya akan tarik duit poket dia minggu itu.”
“Namun dia menjawab: ‘Saya tak peduli ayah! yang penting Arsenal menang! Saya nak Arsenal menang!'”
Anknya kini sudah berusia 6 tahun. Dan si ayahnya menjaringkan gol penalti. Lebih menyakitkan hati si anak kerana penalti itu agak kontroversi. Deeney meraikan gol itu dengan sekuat hati!
“Dia pasti akan ‘benci’ dengan saya sebab menjaringkan gol menentang Arsenal.”
“Sudah pasti minggu ini akan terasa panjang untuk saya.”
Deeney menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan semalam. Cleverley menjaringkan gol kemenangan Untuk Watford mengakhiri rekod burun mereka menentang pasukan Arsenal.