Pihak pengurusan Petaling Jaya City (PJ City) telah pun mengambil satu inisiatif yang sangat baik dalam menghargai bekas pemain mereka yang telah meninggal dunia baru-baru ini iaitu P. Rajes.
Mendiang yang meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu Caves pad pagi Isnin jelas telah mengejutkan seluruh penyokong bola sepak tempatan.
https://twitter.com/pjcityfc/status/1583287125344387073?s=21&t=ZDDv5CnhsUKOK3qJJdx0mw
Dalam usaha kelab untuk menunjukkan cara penghargaan kepada pemain tersebut ialah mereka bakal menyerahkan semua jumlah kutipan tiket pada aksi Piala Malaysia ini kepada keluarga mendiang.
Perlawanan pertama Piala Malaysia 2022 itu bakal berlangsung pada 26 Oktober ini dengan pertemuan membabitkan antara tuan rumah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Seperti diketahui mendiang telah pun menjadi antara tonggak yang meninggalkan impak besar bersama PJ City selaku salah seorang pemain pertahanan.
Kali terakhir Rajes beraksi ketika perlawanan akhir saingan Liga Super menentang Kuala Lumpur City (KL City) sebagai pemain gantian dan mereka berjaya meraih kemenangan.
Our deepest condolences to the family of Rajes Perumal, who passed away earlier this morning. It's a sad day for all of us at PJ City FC. He was a great player and mentor to all the younger players at the club. We will miss you dearly brother. pic.twitter.com/cGmJxSZKjQ
— PJ City FC (@pjcityfc) October 17, 2022
Rajes yang seimbang diturunkan sebagai kesebelasan utama dan pemain gantian musim ini mula menyertai PJ City pada tahun 2018 dan kekal sehingga kini.
Bersama kelab tersebut musim ini, Rajes berjaya membantu PJ City berada di tangga kesembilan liga menerusi enam kemenangan untuk memperoleh 26 mata keseluruhan.
Pertahanan kanan itu juga menjadi antara pemain yang melakar sejarah tersendiri bersama Kedah Darul Aman (KDA) pada musim 2015, setelah beliau antara tonggak yang membantu pasukan tersebut layak kembali beraksi dalam saingan Liga Super.
Kehilangan Rajes jelas menjadi sesuatu yang sangat dirasai dan perkara itu turut dikongsikan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
Salamon's splendid pass and Rajes puts it back of the net. 😊💪#YakiniLokal #ThePhoenix #QNET pic.twitter.com/GyrF6SnumC
— PJ City FC (@pjcityfc) October 2, 2021
“Salam Takziah buat keluarga mendiang Rajesh Perumal, pemain PJ City FC yang meninggal dunia awal pagi ini.
“Semoga keluarga mendiang tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini,” kongsi PFAM menerusi Facebook mereka pada hari tersebut.
Selain PFAM, kelab-kelab lain turut mengucapkan takziah dan berkongsi kesedihan tersebut untuk menghormati pemergiaan mendiang pada usia 37 tahun.