Jesse Lingard membalas kepercayaan David Moyes yang membawa beliau keluar dari Manchester United secara pinjaman dengan menjaringkan dua gol dalam penampilan pertamanya untuk West Ham untuk membantu pasukan barunya itu menewaskan Aston Villa 3-1 pada awal pagi tadi.
Kemenangan tersebut bermakna West Ham kini mengumpul mata tertinggi yang pernah diraih dalam sejarah kelab selepas 22 perlawanan sejak musim 1985/86.
Telah berjaya mengumpul 38 mata, dan hanya dua mata di belakang Liverpool, Lingard yang tiba pada Isnin lalu menyerlah sepanjang perlawanan di mana pengurus England, Gareth Southgate turut menyaksikannya.
Perfect start, 2 goals, 3 points 🤝🙏🏾 #Jlingz pic.twitter.com/STbGfEkVYL
— Jesse Lingard (@JesseLingard) February 3, 2021
Lingard sebelum ini tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan Premier League sejak 13 bulan lalu, selain terlepas peluang beraksi untuk negaranya sejak Jun 2019.
Dua gol yang dijaringkannya dihasilkan dengan penuh keyakinan seiring dengan gerakan lincir yang ditampilkannya. West Ham kini telah merekodkan tujuh kemenangan dari lapan perlawanan. Satu-satunya kekahalah ialah pada Ahad lalu ketika tewas kepada 3-1 kepada Liverpool. Siapa tahu, perlawanan itu juga akan berakhir dengan keputusan berbeza sekiranya Lingard sempat beraksi.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi Toma Soucek memberikan West Ham gol pendahuluan selepas setengah jam perlawanan berlangsung sebelum giliran Lingard mendaftkan nama sebagai penjaring lima minit kemudian.
📅 26 July 2020
📅 3 Feb 2021@JesseLingard has scored in consecutive #PL appearances, although 192 days separate those two games pic.twitter.com/5fzr9sTyQd— Premier League (@premierleague) February 3, 2021
Villa kemudian merapatkan kedudukan melalui Ollie Watkins yang menyempurnakan hantaran Jack Grealish untuk menjadikan kedudukan 2-1. Lingard memastikan tiga mata milik West Ham dengan jaringan kedua peribadinya tujuh minit sebelum masa sebenar tamat.
“Ia adalah debut yang menakjubkan,” kata Moyes mengulas prestasi Lingard selepas perlawanan.
“Jika beliau terus beraksi pada tahap begini, dan terus menjaringkan gol pada setiap perlawanan, maka dia telah melakukan dengan baik sekali untuk West Ham. Saya tidak mahu berkata jika beliau bernasib baik, tetapi jika prestasi sebegini ditampilkan secara berterusan, beliau akan berpeluang untuk kembali bersama England.
“Jika beliau mengekalkan prestasi, sudah pasti Gareth Southgate akan kembali memanggil beliau. Beliau mempunyai cita-cita sendiri untuk ditampilkan dan pada malam ini beliau membuktikan kemampuan yang dimiliki. Akan ada ramai pemain mahu ke Euro bersama England, dan mengapa tidak Jesse Lingard yang patut dipertimbangkan jika terus beraksi sebegini.?
Musim ini Lingard hanya beraksi 179 minit dalam pertandingan bukan liga. Bersama West Ham, Lingard menyerlah beraksi di poket/lubang di belakang penyerang, Michail Antonio.
Baca artikel lain mengenai Jesse Lingard di:
Dituduh ‘Rosak’ Kerana Media Sosial, Adakah Lingard Mampu Kembali Seperti Dahulu?
Conte Kenal Pasti Lingard Sebagai Pengganti Terbaik Eriksen Di Inter