Pemain remaja Shola Shoretire diberi peluang membuat debutnya bersama Manchester United ketika pasukannya menewaskan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Shoretire yang berusia 17 tahun 19 hari menjadi pemain ketujuh paling muda membuat dalam sejarah United untuk tampil beraksi dalam perlawanan kompetitif. Beliau juga merupakan pemain akademi yang ke-240 yang berjaya menembusi skuad utama.
Tradisi pembangunan pemain muda
Beliau masuk menggantikan seorang lagi produk akademi, Marcus Rashford di penghujung perlawanan ketika United sudah mendahului 3-1 dan membuktikan Ole Gunnar Solksjaer masih berpegang teguh dengan polisi kelab yang mengutamakan pembangunan pemain muda.
#MUAcademy ➡️ #MUFC first team.
A senior United debut for Shola Shoretire 🔴 pic.twitter.com/AEqIwYYWxH
— Manchester United (@ManUtd) February 21, 2021
Ia juga menjadi contoh buat mana-mana jurulatih lain untuk memberi kepercayaan kepada pemain muda yang pastinya memberikan kebanggaan buat penyokong yang dapat melihat pemain-pemain muda beraksi di pentas tertinggi seperti EPL.
Musim ini bersama skuad bawah 23 tahun (B-23), Shoretire telah menjaringkan enam gol dan menyumbang tiga bantuan jaringan. Ia jelas menyakinkan Solskjaer untuk menyenaraikannya buat kali pertama di bangku simpanan dan membuat penampilan pada babak kedua.
Peluang tersebut turut diberikan kepada Amad Diallo yang dapat membuat kemunculan pertamanya dalam aksi Liga Europa (UEL) ketika menumpaskan Real Sociedad 4-0 di Turin pada minggu lalu.
Jurulatih skuad simpanan, Neil Wood pernah memuji Shoretire yang begitu matang berbanding dengan usianya kerana boleh bermain di pelbagai posisi sama ada penyerang utama, sayap kiri dan kanan mahupun pemain tengah menyerang.
Shola Shoretire – 14 years, 10 months, 10 days.
Youngest Man Utd player to ever appear in a official youth league/cup game. Youngest player to play in the UEFA Youth Champions League. Eligible to play for Nigeria. Been described as an exceptional talent by Man United. pic.twitter.com/PPBAACWYwP
— 🎮 𝕊𝕠𝕔𝕔𝕖𝕣𝕫𝕖𝕝𝕒 🎮 (@soccerzela) December 12, 2018
Dengan keupayaan yang dimiliki, pemain kelahiran Nigeria ini telah mula dibandingkan dengan pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho. Jadi mungkin United tidak perlu lagi memikirkan untuk berbelanja sehingga £100 juta untuk seorang pemain.
Kelahiran semula Daniel James
Sementara itu, James pula secara tiba-tiba bangkit dari kesuraman kariernya di Old Trafford dengan menyumbang satu gol yang juga merupakan gol ketiga sepanjang bulan Februari ini dan ia adalah yang kelimanya untuk musim 2020/21 ini.
Rekod tersebut telah pun mengatasi pencapaiannya sepanjang musim lepas di mana beliau hanya menjaringkan empat gol sahaja daripada 46 perlawanan dalam semua pertandingan.
Jaringannya hasil hantaran Bruno Fernandes kembali meletakkan United di hadapan pada babak kedua untuk memberikan tiga mata penting buat United yang masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga Manchester City.
✌ Two in two for @Daniel_James_97!
🔴 #MUFC
#⃣ #MUNNEW pic.twitter.com/B0YBLPwPSJ— Manchester United (@ManUtd) February 21, 2021
Dalam tembual selepas perlawanan, Solskjaer mengakui beliau gembira dengan perkembangan James yang berhasil menjaringkan gol dan menganggap anak buahnya itu mempunyai ‘faktor-X’ untuk mengubah permainan menerusi tenaga dan kelajuannya.
Pemain berusia 23 tahun yang dibeli dari Swansea pada musim lepas itu juga sebahagian daripada projek jangka masa panjang United yang mahu mengumpul pemain-pemain muda berbakat dari seluruh dunia.
Projek di landasan tepat
Dean Henderson, Axel Tuanzebe, Brandon Williams, Scott McTominay, Mason Greenwood adalah di antara pemain akademi yang telah berjaya mengetuk pintu skuad utama.
Kini giliran pemain-pemain lain seperti Arnau Puigmal, Alvaro Fernandez, Isak Hanse-Aaroen, Alejandro Garnacho, Willy Kambwala, Joe Hugill, Radek Vitek, Hannibal Mejbri dan Marc Jurado untuk berusaha sedaya upaya mendapat peluang yang sama.
Untuk aksi seterusnya, United akan melayan kunjungan Sociedad dalam aksi timbal balik pusingan 32 terakhir UEL di Old Trafford pada Khamis ini.
Ia menyaksikan seorang lagi produk akademi United, Adnan Januzaj akan kembali Old Trafford buat kali pertama sejak melengkapkan perpindahan ke kelab La Liga berkenaan pada Julai 2017.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
10 Pemain Projek Remaja Berbakat Manchester United, Termasuk Amad Diallo Yang Baharu Tiba
Dortmund Menyesal Tak Jual Sancho Kepada Manchester United Awal-Awal
Manchester United: 7 Sebab Mengapa Kejuaraan EPL Musim Ini Hanya Mimpi Palsu