Ledak Dua Gol, Debut Sensasi Ilija Spasojevic Bersama Sang Garuda

Spaso

Bekas penyerang Melaka United pada musim 2016, Ilija Spasojevic sentiasa mencipta sentuhan magis. Terbaharu, penyerang berusia 30 tahun ini telah menyumbang dua gol buat Indonesia ketika menumpaskan Guyana, 2-1 di Bekasi, Indonesia.

Mesra dengan panggilan Spaso, dia secara rasmi telah menjadi warganegara Indonesia pada penghujung Oktober lalu. Hal itu turut diumumkan Spaso menerusi akaun twitternya dengan ayat, “Akhirnya saya Indonesia!”

https://twitter.com/Spaso_87/status/923166266843586560

Impian Spaso untuk beraksi bersama Indonesia akhirnya tertunai apabila jurulatih, Luis Milla menyenaraikannya untuk memperkuatkan skuad Garuda menjelang aksi menentang Guyana pada 25 November lalu.

Ia juga mungkin hasil aksi baiknya bersama kelab Bhayangkara FC dalam saingan Liga 1, Indonesia. Masuk pada pertengahan musim, dan membuat 16 penampilan, Spaso telah menyumbat 12 gol buat kelab baharunya itu.

Spaso
Foto: Liputan6.com/Helmi Fithriansyah.

Dalam aksi persahabatan menentang Guyana itu, Luis Milla memilih untuk menurunkan Spaso dalam kesebelasan utama bersama pemain-pemain muda Indonesia antaranya pemain yang dikaitkan perpindahan ke Selangor, Evan Dimas.

Dalam senarai pemain yang dipilih Luis Milla untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia kali ini, semua pemain adalah pemain berusia bawah 23 tahun kecuali Spaso.

Pemain yang mendapat julukan ‘Spasogoal’ disebabkan ketajaman sentuhannya di depan gol itu telah membuka jaringan buat Indonesia pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti untuk mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama.

Spaso Indonesia
Spaso bersama barisan pemain ketika menentang skuad B-22 Syria pada 18 November lalu. Foto: PSSI

Spaso sekali lagi mempamerkan sentuhan jaringannya apabila menyumbang gol kedua dan kemenangan Indonesia pada minit ke-75 selepas mendapat umpanan daripada pemain sayap, Febri Hariyadi.

“Saya berhasil menjaringkan dua gol malam ini. Tapi saya merasa pemain-pemain di belakang saya bermain sangat bagus. Saya mampu menjaringkan dua gol berkat kerja luar biasa mereka,” ucap Spaso usai perlawanan semalam.

“Dan dua gol ini saya persembahkan buat keluarga dan masyarakat Indonesia,” ujarnya lagi yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Premier 2016 bersama Melaka United.

Spaso meninggalkan Melaka United pada Jun lalu selepas gagal mempamerkan aksi yang baik dalam saingan Liga Super, selain pertukaran pengurusan pasukan yang telah membuatkan tempatnya terjejas. Tempatnya diganti oleh Marco Simic.

Buat penyokong Melaka United yang merindui aksi mantan kapten anda, bolehlah saksikan aksinya bersama skuad Indonesia ini.

https://www.youtube.com/watch?v=APMQq6LieAI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN