‘Debut’ Penyerang Muda Dari Jordan Beri Impak Besar Buat Selangor

Aksi sulung penyerang muda Selangor dari Jordan, Reziq Bani Hani antara yang sangat menonjol ketika pasukan tersebut melayan kunjungan Kedah Darul Aman (Kedah) pada aksi kedua Liga Super 2024/2025.

Reziq yang ditandatangani The Red Giants selaku import terakhir mereka musim ini dibawa masuk pada pertengahan separuh masa kedua untuk menggantikan khidmat Yohandry Orozco bagi memperkukuhkan aspek serangan.

Tidak mengambil masa yang lama, penyerang berusia 22 tahun itu terus memberikan impak besar khususnya untuk menaikkan lagi intensiti serangan tuan rumah bagi mengasak kubu pertahanan Kedah.

Percaturan Nidzam Jamil pada aksi tersebut boleh dianggap sangat bijak dan mengubah struktur serangan Selangor yang sebelum itu tampil sedikit lesu serta kurang daripada segi ancaman berbahaya.

Ini kerana Ronnie Fernandez dilihat kurang daripada segi kelincahan serta kepantasan dengan dirinya sentiasa dibayangi oleh pertahanan lawan terutama di separuh masa pertama.

Disebabkan itu Nidzam terpaksa membuat percaturan baharu untuk mengorbankan Orozco kepada penyerang muda kebangsaan Jordan itu di separuh masa kedua.

Hasilnya, Reziq membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cukup menakjubkan di atas padang menerusi kualiti beliau yang sebelum ini hanya diperkatakan oleh penyokong kebangsaan Jordan.

Kualiti kepantasan, kelicikan, serta kekuatan fizikal penyerang itu benar-benar mengujakan selepas beliau dilihat langsung tidak memiliki sebarang masalah untuk berdepan pertahanan Sang Kenari termasuk Rizal Ghazali.

Walaupun tidak meledak sebarang gol, gerakan berpunca dari beliau menyaksikan Selangor berjaya memperoleh jaringan sulung mereka melalui Aliff Haiqal yang turut beraksi selaku pemain gantian.

Menerusi momentum positif Reziq itu pastinya bakal melegakan Nidzam untuk mempelbagaikan lagi taktikal serta formasi permainan pada masa akan datang menerusi kualiti setiap pemain dimiliki.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Selangor kini dilihat kembali bersedia untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas mereka melalui detik sukar dengan apa telah berlaku kepada Faisal Halim.

Sebaliknya pula ini merupakan perlawanan yang ingin cepat dilupakan oleh Nafuzi Zain, selepas Kedah bermula baik pada aksi lalu ketika mengatasi PDRM.

Menerusi kualiti serta kuantiti pemain yang terhad, Nafuzi mempunyai tugas sangat sukar musim ini untuk menyusun strategi terbaik supaya momentum positif mereka musim lalu dapat diulangi.

Kredit Foto: Shah Amirul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN