Debut Pada Hari Jadi Capello Di CSL Berakhir Dengan Kekalahan

Jiangsu Suning mengambil keputusan drastik untuk mendapatkan khidmat Fabio Capello pada minggu lalu untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka yang ‘parah’.

Suning Group adalah kumpulan yang sama memiliki pegangan majoriti saham di Inter Milan. Capello digelar Emperor Capello oleh penyokong Jiangsu Suning.

Fabio Capello mengendalikan pasukan tersebut dalam perlawanan kompetitif CSL pada hari jadi beliau yang ke-71.

Namun malangnya, beliau menelan kekalahan dalam debut beliau di CSL menentang Changchun Yatai. Jiangsu Suning tewas tipis 1-0 dalam perlawanan tersebut kerana jaringan sendiri oleh Yang Boyu pada minit ke-16.

Jiangsu gagal untuk bangkit mahupun menyamakan kedudukan. Mereka tewas sekali lagi. Ini sekaligus masih meletakkan pasukan tersebut dalam kedudukan bahaya.

Jika prestasi buruk ini berterusan, pasukan yang berbelanja ini berhadapan dengan risiko penyingkiran. Mereka kini berada di tangga ke-15 daripada 16 pasukan yang bertanding.

Jiangsu Suning kini melebarkan rekod tanpa sebarang kemenangan dalam semua pertandingan kepada 6 perlawanan. Pasukan ini dibarisi beberapa nama besar seperti Alex Texeira, dan Ramires.

Namun 2 pemain ini masih belum mampu membantu pasukan ini memperbaiki prestasi mereka kerana pemain-pemain tempatan mereka yang agak kurang berkualiti berbanding pasukan lain.

Musim lalu Jiangsu Suning menjadi antara pasukan yang cemerlang di China dengan menduduki naib johan CSL dan Piala FA China.

Perlawanan seterusnya pasukan Jiangsu Suning adalah berhadapan dengan Beijing Guoan.

Capello adalah jurulatih yang diharapkan dapat menyelamatkan pasukan ini daripada tersingkir dan menyiapkan rangka persiapan untuk musim hadapan.

Pemilik kelab ini berjanji untuk memberikan dana yang besar kepada Capello pada akhir musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN