Debut Harimau Malaya Liridon Mungkin Tertangguh Kerana COVID-19

Hasrat penyokong atau ekor Harimau Malaya untuk menyaksikan kelibat pemain naturalisasi baharu negara. Liridon Krasniqi menyarung jersi pasukan negara berkemungkinan besar akan tertangguh sekiranya perkembangan terbaru ini diambil kira.

Ia berikutan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang mengkaji langkah untuk menangguhkan semua perlawanan pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Mac hadapan.

Penangguhan tersebut adalah susulan kesan penlaran COVID-19 di seluruh dunia.

Pemain tengah JDT kelahiran Kosovo itu sebelum ini sudah menerima lampu hijau daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjadi pemain naturalisasi pasukan negara.

Keputusan oleh FIFA ini bermakna pemain kelahiran Kosovo berusia 27 tahun ini layak untuk beraksi bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada baki tiga perlawanan kelayakan pusingan kedua, bermula dengan perlawanan menentang UAE di Dubai pada 27 Mac hadapan.

โ€œBagi FIFA mahupun AFC, kesejahteraan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam perlawanan bola sepak kekal menjadi keutamaan tertinggi,” kata kenyataan daripada FIFA semalam.

“Oleh itu, satu cadangan rasmi untuk menangguhkan perlawanan akan datang dalam kelayakan Piala Dunia FIFA Asia 2022 dan Piala Asia AFC 2023 akan dikongsi dengan anggota persatuan yang relevan.”

Susulan perkembangan terbaru ini, FIFA dan AFC dijangka akan mengemaskini jadual perlawanan yang baru membabitkan pasukan negara yang terlibat.

Selain daripada perlawanan menentang UAE di Dubai, skuad kendalian Tan Cheng Hoe turut akan menanti Vietnam pada 31 Mac – dua perlawanan yang dianggap penting untuk mengukuhkan kedudukan di Kumpulan G kempen kelayakan ini.

Sementara itu FIFA berkata akan terus memantau situasi berkaitan COVID-19 dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konfederasi dan anggota persatuan, menurut kenyataan tersebut.

Mengikut perancangan awal, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe akan memamanggil pemain untuk latihan pusat mulai 16 Mac hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN