‘Deadline Day’ EPL 2018/19 Adalah Hari ini, Berikut Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu

EPL pada kali ini akan menutup jendela perpindahan mereka lebih awal daripada sebelum ini dan jauh lebih awal daripada jendela perpindahan Eropah yang lain.

Hal ini kerana ianya diwartakan pada musim lalu bahawa EPL akan tutup jendela perpindahan sebelum musim bermula.

Pada awalnya, peraturan ini mahu dipakai khas untuk perpindahan di antara kelab-kelab EPL sahaja. Namun selepas beberapa kajian ianya dikuatkuasakan untuk kesemua jenis perpindahan.

Seterusnya, Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore menyatakan langkah ini diambil untuk menawal risiko kelab-kelab Inggeris menjadi mangsa kehilangan pemain kepada kelab luar selepas mendaftarkan pemain mereka dalam senarai 25 pemain utama pasukan.

(Photo by Tom Dulat/Getty Images for Premier League)

Oleh itu tiada pendaftaran pemain berlaku selepas musim bermula. Sebelum ini, jendela perpindahan masih aktif kira-kira sebulan lagi sehingga 31 Ogos walaupun perlawanan pertama liga sudah berlangsung.

Bila jendela perpindahan EPL akan ditutup?

Kali ini ianya tak ditutup pada 12 malam waktu UK tetapi ditutup pada 5 petang waktuk UK iaitu 24 jam sebelum sepak mula EPL di Old Trafford pada 10 Ogos.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 30: An aerial view of Manchester United’s Old Trafford stadium ahead of the Barclays Premiership match between Manchester United and Reading at Old Trafford on December 30 2006 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Jadi di Malaysia, ianya ialah pukul 12 tengah malam ini.

Transaksi masuk pemain

Selepas tamat jendela perpindahan pemain, kelab di EPL tidak boleh membeli ataupun meminjam masuk pemain untuk didaftarkan ke dalam pasukan.

Mereka harus menunggu sehingga jendela musim sejuk dibuka pada 1 Januari 2019 untuk berbuat demikian.

Boleh jual atau pinjamkan keluar?

Ya! Pasukan EPL masih boleh menjual pemain ataupun meminjamkan pemain mereka ke kelab di liga lain.

Mereka cuma tak boleh menjual kepada kelab-kelab EPL kerana pendaftaran pemain sudah ditutup.

Scotland, Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman kesemuanya tutup pada 31 Ogos.

Dengan tarikh tutup yang awal ini, kelab EPL kini akan berhadapan dengan potensi lebih banyak bidaan daripada liga Eropah yang lain.

Bagaimana dengan ejen bebas?

Anda bayangkan kelab EPL menjual pemain mereka kepada kelab lain dan memerlukan pemain baharu didaftarkan.

EPL membenarkan pendaftaran pemain ejen bebas (tiada kontrak dengan mana-mana pasukan) untuk didaftarkan. Untuk pendaftaran pemain ejen bebas, jendela dibuka sehingga 31 Ogos ini.

Namun syaratnya, pemain hendaklah berstatus ejen bebas sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sebagai contoh, Wilfred Zaha mahu berpindah ke Chelsea, dan ejen beliau cuba memanipulasi keadaan dengan menamatkan kontrak bersama Palace pada 10 Ogos ini. Dalam situasi ini, ianya tak dibenarkan.

Ini kerana, ia akan membuatkan ada manipulasi dan mengelak salah laku lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN