Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Pahang, PBNP yang enggan bermain dalam Piala AFC 2018.
Pahang diberikan slot oleh FMLLP selepas pasukan Kedah gagal mendapatkan lesen AFC. Namun mereka menyatakan yang mereka hanya menumpukan kepada pertandingan domestik untuk musim hadapan.
De Roo berkata dalam kenyataan rasmi di laman rasmi FAM:
“Kami mahu bola sepak lebih berkembang di pentas antarabangsa untuk mendapatkan pendedahan dengan lebih banyak lagi pada peringkat tertinggi.”
“Walaubagaimanapun adalah sukar untuk kami melangkah jauh jika ada pasukan yang tidak mengambil berat pertandingan antarabangsa.”
“Mereka hanya mahu bermain dalam pertandingan domestik sahaja seperti yang dilakukan oleh pasukan Pahang. Inilah realiti bolasepak tanahair.”
De Roo terkejut dengan keputusan Pahang ini yang dianggap tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di dunia.
“Tidak pernah dalam hidup saya melihat mana-mana pasukan dalam dunia menolak peluang bermain di peringkat antarabangsa.”
Pengarah Teknikal FAM itu juga membidas sikap Pahang yang dianggap tidak menghormati AFC, dan bakal menjejaskan ranking Malaysia.
Selain itu, FAM juga kesal jika tindakan Pahang ini memberikan impak kepada hubungan baik FAM dan AFC.
“Tindakan menarik diri dari pertandingan AFC menunjukkan pasukan Pahang tidak menghormati AFC. Tindakan ini juga boleh menjejaskan ranking negara dan juga hubungan baik yang terjalin diantara FAM dan AFC.”