Timbul persoalan mengenai isyarat tangan penyerang Perak, Guilherme De Paula selepas menjaringkan gol penyamaan ketika beraksi menentang UiTM di Stadium Perak, Ipoh pada Rabu.
Pemain naturalisasi skuad kebangsaan itu menunjukkan isyarat ‘2’ menggunakan tangan kanannya dan simbol ibu jari terbalik menggunakan tangan kirinya yang jelas merupakan mesej kepada sesuatu pihak.
Pada masa yang sama telah timbul ura-ura bahawa pasukan Perak ketika ini sedang terpalit dengan isu gaji tertunggak selama dua bulan melibatkan pemain dan kakitangan pasukan.
Sebelum ini media melaporkan sekurang-kurangnya dua orang pemain iaitu pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah dan penjaga gol, Azri Ghani sedang berkira-kira untuk meninggalkan skuad bimbingan Chong Yee Fat itu bagi menyertai pasukan Liga Malaysia (Liga-M) lain.
That celebration from De Paula says a lot! I am glad he said that live. Perak FA management, what you're going to do now? #PRKUITM #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 7, 2021
Timbul juga dakwaan bahawa beberapa pasukan sedang mengintai khidmat kapten pasukan, Shahrul Saad jika pemain tersebut meninggalkan Perak dalam masa terdekat.
Difahamkan terdapat klausa di dalam kontrak pemain yang membolehkan mereka meninggalkan pasukan sekiranya tidak dibayar gaji dalam tempoh tertentu seperti mana yang dilakukan oleh Mohamadou Sumareh sewaktu meninggalkan Pahang pad musim lalu.
Jendela perpindahan kedua Liga-M akan dibuka selama empat minggu bermula pada 12 Julai sehingga 8 Ogos.
Walaupun berdepan dengan isu gaji, Perak berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas UiTM yang merupakan kemenangan kedua mereka pada musim ini.
Isu gaji tak jejas Perak FC – https://t.co/D9zf60hHxp pic.twitter.com/Zmptgohfdx
— Berita Viral (@berita_tular) April 7, 2021
Dengan tiga mata yan diraih itu, Perak naik ke tangga kelapan dengan lapan mata dan bakal berdepan tugas getir bertemu Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu ini.
Kredit Foto: Unifi
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Produk Akademi Southampton, Stuart Wilkin Sah Jadi Milik JDT
Tomas Trucha: Saya Gembira Dengan ‘Attitude’ Pemain Penang FC
‘Bola Bola Juga, Solat Jangan Lupa’ – Penyokong Disaran Bawa Sejadah Sendiri Ke Stadium