De Paula Akhirnya Bersuara Mengenai Prestasi Dan Kritikan Penyokong Harimau Malaya

Selepas hampir seminggu, akhrnya pemain naturalisasi negara Guilherme de Paula tampil kepada media untuk menjelaskan mengenai prestasi dan kritikan yang diterimanya dalam perlawanan menentangUAE sebelum ini.

Malaysia tewas n4-0 dalam perlawanan keenam saingan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu, menimbulkan kritikan dan kemarahan dari penyokong Harimau Malaya di tanah air.

Antara pemain yang paling mendapat kritikan adalah pemain penyerang dari Brazil, De Paula dengan ramai di kalangan penyokong mempersoalkan komitmen pemain tersebut.

“Harapan yang diletakkan kepada pemai naturalisasi [sememangnya] tinggi. Bagi saya kritikan yang saya terima dari penyokong itu adalah perkara biasa dalam karier sebagai pemain bola sepak,” ujar beliau ketika memberi reaksi kepada kritikan tersebut.

Walaupun dihujani kritikan dari penyokong terutama di media sosial mengenai kesungguhannya, De Paula tetap bertegas mengenai komitmen beliau kepada pasukan negara.

“Komitmen saya berikan kepada pasukan kebangsaan memang 100%. Saya yakin dengan dengan permainan saya dan apa yang saya boleh lakukan di dalam perlawanan.

“Saya berkerja keras bersama rakan sepasukan yang lain untuk memberikan yang terbaik kepada penyokong. Di sebalik tabir, penyokong tidak dapat melihat semua itu.”

Mengenai pertemuan menentang Vietnam, De Paula berkata beliau yakin dengan kemampuan pemain yang berada di dalam pasukan untuk mendapatkan keputusan positif menentang Vietnam.

Guilherme de Paula, Tan CHeng Hoe, Dominic Tan
Sumber: FAM

“Kita ada kumpulan pemain yang baik. Tetapi kami perlu semua pihak berikan kepercayaan kerana saya mempunyai tenaga [semangat] yang baik untuk semua penyokong Malaysia tetapi mereka perlu percayakan dengan tugasan kami di sini.

“Tidak ada siapa pun yang datang ke sini untuk bercuti. Kami bekerja keras setiap hari,” tambah beliau lagi.

Sebelum perlawanan menentang UAE tempoh hari, De Paula hanya berpeluang beraksi dalam dua perlawanan bersama pasukan negara, masing-masing menentang Kuwait dan Bahrain.

Walaupun beraksi agak baik dalam kedua-dua perlawanan dan mampu menjaringkan satu gol ketika berhadapan Kuwait, pretasi hambar De Paula tetap menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe sebelum ini turut menyatakan keyakinan dengan kemampuan pemain naturalisasi negara itu ketika bertemu Vietnam nanti.

“Kalau kita lihat, De Paula adalah seorang pemain yang berpengalaman. Bukan sahaja beliau berpengalaman beraksi di negara kita, tetapi beliau juga banyak [berpengalaman] beraksi di luar negara. Dari segi disiplin, keyakinan dan pengalaman beliau [ada], saya merasakan beliau tidak ada banyak masalah berhadapan Vietnam,” kata Tan Cheng Hoe.

“Kita harap dengan pengalaman tersebut, beliau boleh menggalas [tugas] tersebut untuk menentang Vietnam. Kita juga menaruh harapan bukan sahaja De Paula seorang saja, tetapi juga kesebelasan utama yang diturunkan mampu menghasilkan keputusan positif untuk pasukan juga.”

Mengakui kedua-dua pasukan amat mengenali corak permainan masing-masing, Tan Cheng Hoe turut melihat ketiadaan beberapa pemain utama di dalam skuad Vietnam kali ini sebagai peluang untuk pasukan negara merekodkan kemenangan sulung di UAE.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Tekad Benam Vietnam, Tan Cheng Hoe Yakin Pengalaman De Paula Mampu Bantu Pasukan

TMJ Tak Tahu Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Ramai Pemain JDT

Projek Naturalisasi: Malaysia Terperangkap Antara Fantasi Dan Realiti?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN