De Ligt Masih Belum Khatam ‘Kitab’ Pertahanan Itali – Ronald Koeman

Menurut ketua jurulatih Netherlands, Ronald Koeman, bintang muda negara itu, Matthijs De Ligt masih dalam proses pembelajaran untuk bermain dengan lebih selesa dengan pasukan barunya, Juventus dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan di Itali.

Pemain pertahanan tengah itu menyertai juara bertahan Serie-A berkenaan pada Julai lepas dengan yuran perpindahan yang besar iaitu sebanyak €75 juta, menjadikan beliau antara pemain pertahanan termahal di dunia.

Nilai itu mungkin dianggap setimpal selepas beliau mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan domestik dan berjaya membawa Ajax Armsterdam melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim lepas.

Walau bagaimanapun, De Ligt menghadapi permulaan yang buruk dalam perlawanan pertamanya di liga Itali semasa pasukannya mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Napoli – yang dicemari dengan persembahan buruk De Ligt.

https://twitter.com/TheSporTalk/status/1181261110827200513?s=20

Tetapi sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemain berusia 20 tahun itu dilihat sudah mula mempamerkan perkembangan positif dalam membentuk keserasian bersama pemain pertahanan berpengalaman, Leonardo Bonucci.

Koeman merasakan De Ligt masih perlu menuntut ilmu lebih mendalam di ‘Sekolah Itali’ terutama dalam bab pertahanan. Tetapi Ketua Jurulatih Netherlands itu tidak terkejut dengan perkara itu dan yakin masih ada ruang untuk pemain muda itu meningkatkan kemahirannya.

Beberapa tahun lepas, bahagian pertahanan Juventus yang diterajui penjaga gol, Gianluigi Buffon serta pertahanan tiga serangkai, Giorgio Chiellina, Leonardo Bonucci dan Andrea Berzagli cukup dikenali sebagai pertahanan paling ampuh di dunia dan diberi gelaran ‘Tembok Besar Turin’.

“Saya akan memberi sokongan penuh kepada De Ligt dalam usahanya untuk menyesuaikan diri bersama kelab dan rakan sepasukan barunya itu.

“Saya berpendapat, untuk menjadi lebih matang, dia perlu melalui tempoh ini. Dia perlu mengadaptasi cara baru untuk bermain di bahagian pertahanan. Ianya tidak sama ketika dia bermain untuk Ajax. Itulah kehebatan ‘Italian School’.

“Bonucci juga pernah mengatakan perkara yang sama. Dia sendiri mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gaya permainan baru di zon bertahan di bawah kendalian Maurizio Sarri. Ia tidak sama dengan cara bertahan yang diamalkan oleh [Massimiliano] Allegri

“De Ligt juga memerlukan perkara yang sama. Dia sudah mencapai tahap yang begitu baik pada umur semuda ini. Sungguh pelik jika dia tidak boleh mempelajari banyak lagi perkara baru.”

“Sebelum aksi perlawanan antarabangsa yang lepas, begitu banyak kritikan dibuat ke atasnya. Tetapi dia masih bermain dengan cemerlang bersama pasukan kebangsaan.

“Ini adalah pengalaman yang baik untuknya. Dari masa ke semasa, dia akan belajar untuk menyesaikan diri dengan posisinya di Juventus. Saya yakin dia akan mencapai kemuncak prestasi untuk kedua pasukan negara dan kelab.”

Tumpuan De Ligt kini adalah untuk membantu Netherlands dalam kempen kelayakan Euro 2020. Skuad Oranje akan bertemu Northern Ireland dan Belarus sepanjang tempoh rehat antarabangsa ini.

Kredit Foto: TalkSport

Kedudukan dalam kumpulan C kini menyaksikan Jerman di tangga pertama dengan 12 mata diikuti Northern Ireland yang juga berkongsi 12 mata tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Netherlands di tangga ketiga dengan 9 mata namun mempunyai kelebihan 1 perlawanan.

Koeman optimis dengan peluang pasukannya untuk mara ke pusingan akhir berdasarkan pertimbangannya yang melihat kualiti yang mereka miliki di bahagian serangan.

“Saya percaya kami memiliki skuad yang setanding dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia. Saya bersyukur dengan pembangunan bakat terutama pemain-pemain di bahagian serangan termasuk pemain-pemain muda yang belum berpeluang bersama skuad ini.

Mereka semua sangat kreatif, dinamik dan pantas yang menjadikan jentera serangan kami sangat bahaya. Sebelum ini, itulah masalah yang berulang. Jadi itulah sebabnya saya memilih begitu banyak penyerang [tujuh] dan cuma lima orang pemain tengah supaya kami mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN