Musim 2019/20 pastinya menjadi musim yang mahu dilupakan oleh penjaga gol Manchester United, David de Gea yang bergelut dengan prestasi tidak menentukan.
Beberapa kesilapan mudah dalam perlawanan-perlawanan penting telah menghadirkan kritikan dan kecaman ke atasnya termasuk daripada kalangan penyokong The Red Devils sendiri.
Reputasinya sebagai pemain terbaik Manchester United daripada 2015 hingga 2017 tenggelam begitu sahaja dan mula menunjukkan penurunan yang agak ketara sejak 2018 sama ada bersama kelab mahupun skuad kebangsaan Sepanyol.
Gary Neville: David De Gea Tak Boleh Diharapkan Seperti Dahulu https://t.co/hpY49v2foM pic.twitter.com/gXPv4djVYZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 22, 2020
Dengan usianya yang belum pun mencecah 30 tahun, timbul persoalan adakah De Gea telah mencapai kemuncak prestasi terlalu awal sehingga timbul desakan untuk beliau dijual kerana zaman kegemilangannya telah pun berlalu.
Ada pendapat yang mengatakan De Gea sebelum ini terlalu selesa dengan statusnya sebagai penjaga gol utama dan tidak tercabar dengan dua penjaga gol lain iaitu Sergio Romero dan Lee Grant.
Ada pula yang meletakkan kesalahan tersebut di bahu Solskjaer yang seolah-olah terlalu ‘memanjakan’ De Gea seperti ‘anak emas’ kerana tidak menggugurkannya apabila melakukan kesilapan sehingga Romero sangat jarang diberi peluang untuk menggugat posisi tersebut.
Ole Gunnar Solskjaer: De Gea Masih Lagi Penjaga Gol Terbaik Di Dunia https://t.co/o15noxcigW pic.twitter.com/gMLKd1wMkg
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 23, 2020
Bagaimanapun, aksinya sejak kebelakangan ini telah menunjukkan beliau kinin telah kembali ke prestasi terbaiknya termasuk ketika United meraih kemenangan 2-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari.
Mungkin tidak sukar untuk mengagak apakah faktor utama kepada kebangkitan De Gea, persaingan.
Kehadiran Dean Henderson jelas merupakan satu cabaran besar buat De Gea terutamanya selepas penjaga gol muda itu lebih disukai dan diminati oleh penyokong kerana beliau merupakan produk akademi United.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu baru sahaja memperbaharui kontraknya dengan lanjutan selama enam tahun telah pun melaungkan amaran untuk memberi tekanan kepada De Gea bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama musim ini.
Dean Henderson Jadi Pilihan Utama Musim Depan Berbanding David de Gea? https://t.co/OpuXJPzsAo pic.twitter.com/fQ5cxeHBnv
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 17, 2020
Dari segi psikologi, kurangnya persaingan atau tekanan akan membuatkan seseorang pemain itu leka atau bersikap sambil lewa.
Masa depan Henderson bersama United juga perlu diambil kira kerana beliau telah pun membuktikan kemampuannya sepanjang dua musim dipinjamkan ke Sheffield United termasuk rekod 13 perlawanan tanpa bolos daripada 36 perlawanan pada musim lepas.
Dengan kematangan dan aksi cemerlang yang ditampilkan, beliau telah pun dipanggil menyertai skuad kebangsaan England.
Dari segi umur, sama ada De Gea kekal di United ataupun tidak, kariernya sebagai penjaga gol boleh dianggap masih panjang. Apa yang penting adalah beliau konsisten untuk kekal dalam senarai penjaga gol terbaik dunia dan memenangi lebih banyak kejuaraan untuk pasukannya pada masa hadapan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Seorang Pemain Manchester United Diberi Surat Amaran Kerana Tak Jaga Masa
‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal