Penjaga gol Manchester United, David de Gea akui dirinya berasa sangat muak untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Manchester United jika setiap kali pasukan tersebut melalui musim yang buruk.
De Gea sebelum ini pernah mencipta rekod tersendiri sebagai satu-satunya pemain United yang menerima anugerah Sir Matt Busby sebanyak empat kali.
Working hard 👊🏼 pic.twitter.com/I32H1yoQDd
— David de Gea (@D_DeGea) July 21, 2022
Menurut Jose Mourinho sewaktu mengendalikan United, beliau pernah berkata sekiranya penjaga gol yang memenangi anugerah tersebut, ini bermakna pasukan masih belum cukup baik dari segi prestasi.
De Gea jelas akui perkara tersebut sambil menyatakan yang beliau sangat gembira selepas ini sekiranya tidak lagi memenangi trofi tersebut.
“Ya, saya sangat bersetuju dengan segala yang dikeluarkan oleh Mourinho,” jelas de Gea ketika ditanya mengenai kenyataan tersebut.
“Anugerah tersebut sudah tentu bagus untuk diri ini. Saya sangat suka untuk memenangi trofi tetapi dalam masa sama saya bersetuju dengan apa diucapkan oleh Mourinho.
“Seharusnya, anugerah ini dimiliki oleh pemain yang beraksi di posisi penyerang atau tengah. Itu sepatutnya berlaku.
“Tetapi pada musim ini saya yakin, anugerah tersebut bakal dimiliki pemain lain yang lebih layak dan beraksi di posisi seperti apa dikatakan tadi,” ujar de Gea menerusi ESPN.
https://twitter.com/stopthatdegea/status/1546912658481348608?s=21&t=wbPrKJJEN9iunN4Pfi26-w
Pemain ini bakal memasuki musim ke-12 beliau bersama United, dan setakat ini de Gea hanya memperoleh satu gelaran juara Premier League, satu Piala FA, satu League Cup, dan sekali gelaran juara Europa League.
Jika perpindahan beliau ke Real Madrid pada tahun 2015 dahulu menjadi kenyataan, de Gea pastinya sudah menjadi sebahagian daripada para pemain yang memenangi kejuaraan La Liga sebanyak tiga kali serta empat kali mendapat gelaran juara Champions Leagues.
Namun penjaga gol ini dengan tenang memberitahu beliau langsung tidak merasa sesal untuk kehilangan peluang sebelum itu beraksi bersama Real.
“Memenangi sesuatu kejuaraan atau tidak, cukup berada di kelab ini melampaui segalanya daripada menggenggam trofi.
“Sudah tentu setiap pemain mengidamkan kejuaraan, kami sentiasa dahagakan kemenangan. Tetapi mewakili kelab ini sesuatu yang lebih besar daripada mana-mana trofi.
“Saya hanya memikirkan Manchester. Ini adalah rumah saya. Saya sentiasa berasa baik di sini, dan ia adalah suatu keistimewaN buat diri ini.
“Berada di sini merupakan satu penghormatan buat saya. Ia adalah satu penghargaan untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini,” jelas de Gea.
Ketika ini, kontrak beliau bersama United masih lagi berbaki semusim dengan pilihan untuk beraksi sehingga tahun 2024.
Penjaga gol dari Sepanyol ini masih belum membuka rundingan baharu tetapi dengan gembira berkata untuk kekal di Old Trafford sehingga ke pengujung kariernya.
🇪🇸 @D_DeGea 💪#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/IQfeqLhQ5i
— Manchester United (@ManUtd) July 17, 2022
“Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini, tetapi ia akan jadi perkara menggembirakan diri ini sekiranya diberi ruang untuk terus mewakili United beberapa tahun lagi sekiranya masih diperlukan kelab.
“Jika mereka mahu saya kekal, maka saya akan terus berada di sini. Saya sangat selesa dan gembira serta berharap kami mampu untuk merangkul sesuatu kejuaraan sebelum saya pergi,” kata beliau.