De Bruyne Jadi Penjaring Kemenangan Di Stamford Bridge

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Manchester City merampas kedudukan teratas liga selepas beberapa jam melepaskannya kepada Manchester United. Ini selepas City menang tipis dalam aksi dominan di Stamford Bridge.

Jaringan sensasi Kevin De Bruyne pada minit ke-67 telah menjadi gol kemenangan pasukan beliau ke atas bekas majikan beliau.

Manchester City ternyata pasukan yang lebih dominan di dalam perlawanan ini. Ketiadaan Aguero tidak memberikan impak kepada pasukan Pep Guardiola.

Namun Chelsea jelas merasai ketiadaan Morata selepas pemain tersebut dikeluarkan kerana kecederaan. Chelsea kelihatan hadir ke perlawanan ini sebagai pasukan yang lebih defensif.

Manchester City mengenakan tekanan tinggi di garisan tinggi sejak dari minit pertama.

Courtois dipaksa oleh City untuk melakukan beberapa aksi menyelamat. Antaranya adalah ketika refleks beliau bertindak balas menafikan percubaan Fernandinho sebelum tamat separuh masa pertama.

Gabriel Jesus melakukan percubaan voli yang terkenan tiang dalam usaha City cuba membunuh perlawanan ini.

Conte melakukan pertukaran yang diperdebatkan. Beliau membawa masuk Willian untuk menggantikan Morata yang tidak dapat meneruskan perlawanan.

Ramai yang menjangkakan Conte akan menggunakan Batshuayi untuk mengekalkan sistem dengan no.9 serta peranan bebas Hazard.

Hazard dijadikan pemain 9 jadian dan ternyata bintang Belgium itu gagal untuk menjadi penyerang paling hadapan. Musim lalu, Hazard cemerlang bermain peranan ini ketika Chelsea menang 3-0 ke atas WBA pada Disember.

Manchester City kini menewaskan 4 lawan terakhir mereka dengan 17 gol tanpa balas.

Chelsea jelas tidak menunjukkan karakter yang sama seperti yang mereka tunjukkan ketika menewaskan Atletico Madrid beberapa hari lalu.

Alvaro Morata dan Hazard dari awal lagi sudah terpecah hubungan (connection) mereka dengan bahagian lain. Anda boleh lihat laporan taburan posisi pemain.

Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea musim ini di EPL. Kedua-dua kekalahan tersebut adalah di Stamford Bridge.

Kemenangan ini meletakkan City terus menjadi antara pasukan pilihan untuk kejuaraan EPL kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN