DBKL Bagi Kebenaran Selangor Guna Stadium Cheras, KLFA Kurang Setuju

Hanya beberapa jam perkhabaran gembira daripada Kuala Lumpur diterima oleh Selangor, skuad itu mendapat tentangan daripada Presiden KLFA berhubung dengan isu penggunaaan Stadium Cheras.

Selangor masih mencari halaman mereka musim 2018. Ini selepas gagal mendapatkan hak menggunakan Stadium Shah Alam. Selepas itu Selangor cuba menggunakan Stadium Bukit Jalil, itu juga tidak kesampaian.

Ini selepas Perbadanan Stadium Malaysia tidak memberikan jaminan stadium itu boleh digunakan Selangor untuk setiap perlawanan dalam semusim kerana statusnya sebagai stadium nasional.

Selangor cuba untuk menggunakan Stadium Selayang, tetapi FMLLP mengesahkan stadium itu tidak lulus piawaian lampu limpah yang kurang terang yang menghalang pasukan itu bermain sebelah malam.

DBKL memberikan lampu hijau kepada Selangor untuk berkongsi dengan Kuala Lumpur FA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menggunakan stadium tersebut.

DBKL menerusi Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Khairul Anuar Mhd Juri telah pun menurunkan tandatangan beliau untuk kebenaran itu.

Hal itu turut disambut baik oleh Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim. Beliau berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan juga pihak DBKL.

Namun tidak lama selepas itu, pihak KLFA menyatakan pendirian mereka yang tak bersetuju dengan perkara itu.

Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Ikshan tidak mahu disalah tafsir bahawa beliau ada agenda peribadi dengan Selangor ini kerana beliau sendiri lahir di Selangor. Beliau berkata:

“Boleh tak kalau saya elakkan diri daripada komen perkara ini?”

“Selangor adalah rakan dan jiran kami. Saya sendiri lahir di negeri Selangor. Orang Selangor pasti akan berang dengan saya selepas ini.”

Kredit Foto: Mynewshub

“Isu sekarang ini, padang itu tak boleh digunakan terlalu kerap. Sekarang ini, padang itu akan digunakan KL yang bermain di Liga Super dan PDRM yang bermain di Liga Perdana. Kami boleh berganti-ganti menggunakannya.”

“Selepas ini, akan lebih banyak perlawanan akan berlangsung termasuk Piala FA dan Piala Malaysia. Pasukan belia kami pun tidak bermain di Stadium Cheras. Namun segalanya terpulang kepada DBKL.”

Setiausahan KLFA, Nokman Mustaffa menyatakan beliau bimbang rumput padang itu akan sukar diselenggara jika terlalu banyak perlawanan di situ. Lagipun padang Stadium Cheras baru sahaja dipersiapkan.

Namun pihak DBKL memberikan jaminan mereka akan bertanggungjawab di atas isu itu nanti.

Agak ironi apabila perlawanan pertama MSL 2018 menemukan Kuala Lumpur dan Selangor. Itu adalah pertemuan Derbi Lembah Kelang yang sudah lama hilang daripada liga utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN