DAZN & Goal Bawakan ‘Live Streaming’ Final UCL Secara Percuma Di Empat Negara Asean

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
UCL

Debaran pertembungan menarik final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/19 diantara dua kelab Inggeris, Liverpool dan Tottenham Hotspur semakin dirasakan.

Liverpool kini memburu kejuaraan ke-6 manakala Tottenham pula berhasrat melakar sejarah pertama kali buat kelab dari London itu.

Perlawanan yang akan berlangsung di Wanda Metropolitano pada 2 Jun itu pasti menarik minat seluruh peminat bola sepak dunia dan tidak terkecuali di tanah air.

Di Malaysia, anda boleh menikmati siaran langsung pertembungan final ‘All English’ itu di saluran BeIn Sports.

DAZN yang merupakan penyiar digital rasmi bagi rantau Asia Tenggara akan menyediakan ‘Live Streaming’ buat beberapa negara Asean terpilih.

Negara yang menjadi pilihan DAZN itu adalah Thailand, Kemboja, Laos dan Filipina dengan siaran langsung boleh disaksikan di Facebook, Twitter, Youtube dan juga di Goal.com.

Kebangkitan luar biasa Liverpool dan Tottenham Hotspur menjadikan musim ini sebagai antara detik cemerlang buat kelab Inggeris.

Liverpool bangkit dengan kemenangan besar 4-0 di laman sendiri pada separuh akhir kedua bagi memadam kelebihan tiga gol dimiliki Barcelona.

Lucas Moura pula muncul wira selepas mencatatkan hatrik yang sekaligus memberikan kelebihan jaringan tempat lawan buat Spurs apabila terikat 3-3 secara aggregat.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U