Davide Zappacosta Alami Kecederaan Lutut Serius, Masa Depan di AS Roma Semakin Samar

Pada awal bulan lepas, Davide Zappacosta mungkin beranggapan prestasi cemerlangnya di Itali akan kembali mewarnai kariernya selepas beliau menyertai AS Roma setelah dipinjamkan dari Chelsea.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pemain berusia 27 tahun itu diberitakan mengalami kecederaan lutut yang serius ketika sedang menjalani latihan bersama rakan sepasukannya pada Jumaat.

AS Roma telah pun mengesahkan Zappacosta mengalami kecederaan koyakan ACL semasa sesi latihan. Bekas pemain Torino itu berkemungkinan besar akan berehat panjang untuk menjalani rawatan dan terlepas semua baki saingan musim ini.

“Semasa sesi latihan pada Jumaat, pemain pertahanan, Davide Zappacosta mengalami kecederaan koyakan ACL pada lutut kanannya dalam insiden yang tidak melibatkan pemain lain.

“Pihak kelab dengan tulus ikhlas melahirkan rasa simpati kepada pemain berkenaan dan mendoakan agar beliau kembali pulih sepenuhnya.”

Zappacosta setakat ini cuma bermain satu perlawanan sahaja untuk Roma sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika pasukannya seri 3-3 menentang Genoa pada aksi pembukaan musim ini.

Kehilangan Zappacosta ini bermakna AS Roma akan bergantung kepada pemain bek kanan sedia ada iaitu Alessandro Florenzi dan Davide Santon.

Perjanjian pinjaman pemain antarabangsa Itali itu sebelum ini hanyalah untuk tempoh enam bulan sahaja dengan pilihan sambungan kepada setahun.

Zappacosta Kembali ke Itali, Akhiri Penderitaan Bersama Chelsea…Buat Sementara

Namun demikian, berdasarkan perkembangan terbaru ini, tidak mungkin AS Roma akan melanjutkan khidmatnya dan Zappacosta mungkin akan kembali ke Chelsea pada Januari ini sejurus sahaja tempoh pinjamannya tamat.

Kecederaan yang menimpa Zappacosta ini menjadikan beliau merupakan pemain Roma ke-15 dalam tempoh lima tahun yang mengalami kecederaan ACL. 11 daripadanya adalah pemain pertahanan.

Antaranya adalah Alessandro Florenzi, Kevin Strootman, Antonio Rudiger, Emerson Palmieri, Elia Capradossi, Ezequiel Ponce, Abdullahi Nura, Mario Rui, Luca Pellegrini, Rick Karsdorp, Riccardo Calafiori, Marco Tumminello, Devid Bouah dan William Bianda.

Terdapat spekulasi yang mengaitkan permukaan padang latihan di Trigoria yang menggunakan rumput tiruan sebagai punca kepada masalah berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN