David Wagner: “Saya Tak Sabar Nak Lawan Liverpool & Klopp Di Premier League”

Kini pengembaraan baharu bakal menanti David Wagner dan Huddersfield!

Dalam masa kurang 3 hari, Huddersfield Town akan memulakan perlawanan menentang Crystal Palace pada 12 Ogos di Selhurst Park.

Pasukan sensasi yang baru dinaikkan ke divisyen tertinggi England iaitu Huddersfield Town memulakan musim Premier League pertama mereka dalam tempoh 45 tahun setelah dinaikkan menerusi fasa play-off.

Disebalik kejayaan itu, terdapat seorang individu yang mencorak cerita indah itu.

Individu yang dimaksudkan adalah pengurus mereka yang berbangsa Jerman dan mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat – David Wagner.

Beliau nyata tidak sabar untuk menjelajah ke pelbagai stadium baru, suasana menggila oleh penyokong dalam perjalanannya bersama Huddersfield Town.

Dan beliau juga tidak sabar untuk bertarungan dengan jurulatih bertaraf dunia yang merupakan rakannya iaitu Jürgen Klopp yang kini merupakan pengurus Liverpool!

Kedua-duanya mengenali satu sama lain ketika kedua-dua individu ini berada di Borussia Dortmund.

Ketika ini, Klopp merupakan pengurus bagi pasukan utama sementara Wagner menguruskan pasukan Borussia Dortmund II yang bermain di liga wilayah Jerman.

Selain itu, Wagner yang bukan sahaja bersama-sama Klopp sejak di Jerman. Malah 2 rakan baik ini juga mempunyai gaya rambut yang hampir sama!

Beliau nyata tidak sabar untuk menentang Klopp dan Liverpool di Premier League. Buktinya, nama Liverpool adalah nama yang terawal dicari Wagner ketika pertama kali melihat jadual perlawanan!

“Apabila jadual diumumkan, saya mencari lawan pertama dan kemudian terus mencari bilakah perlawanan Huddersfield menentang Liverpool.”

Sejak November 2015, Wagner telah menjadi jurulatih Huddersfield, dan kini kontraknya dilanjutkan sehingga 2019.

Namun begitu, beliau mengaku permulaannya bersama kelab tersebut agak sukar.

“Huddersfield adalah sebuah kelab Inggeris yang hanya mempunyai jurulatih yang tidak berasal dari United Kingdom lebih dari 100 tahun.

“Dan apabila saya datang, mengubah pasukan dan mencipta revolusi agar menjadi kelab yang baik serta membawa banyak pemain dari Jerman.”

“Sudah tentu saya mempunyai banyak perkara skeptikal!

Tetapi bagi Wanger, beliau mengamalkan corak radikal dalam kerja beliau dan bukannya jenis melakukan kerja sedikit demi sedikit.

“Radikal! Itulah cara kerja saya dan guru saya dahulu. Kami tak buat sikit-sikit.”

“Jika kami gagal, kami bukan gagal di pengakhiran tetapi di pertengahan jalan. Jadi sehingga kini, saya belum lagi gagal.”

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sumber:

  1. Bild (2017): WAGNER: Ich hatte viele Skeptiker; http://www.bild.de/sport/fussball/premierleague/ich-hatte-viele-skeptiker-52746648.bild.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN