David Villa Ikut Jejak Langkah Iniesta Dan Podolski Menyertai Vissel Kobe

Tempoh hari, penyerang Sepanyol David Villa disahkan tidak akan meneruskan karier di Amerika Syarikat. Beliau sebelum ini bersama New York City.

Berita perpindahan beliau ke sebuah kelab berpangkalan di Asia telah tular. Namun, berita itu disahkan apabila beliau memutuskan untuk menyertai Vissel Kobe.

Ke Kobe

Vissel Kobe merupakan salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jepun. David dijangka akan bersama semula dengan salah seorang rakan sepasukannya sewaktu menyarung jersi Barcelona.

Pemain yang dimaksudkan ialah Andres Iniesta.

Berita perpindahan ke kelab negara Matahari Terbit itu diumumkan sendiri oleh David melalui Twitter

Beliau turut memberitahu bahawa akan meninggalkan New York City setelah kontraknya tamat pada 31 Disember.

Cemerlang

Beliau antara salah seorang pemain antarabangsa Sepanyol yang memenangi EURO pada 2008. Dua tahun kemudian, David Villa menggondol medal kejuaraan Piala Dunia bersama Sepanyol.

David Villa memenangi anugerah MVP pada 2016. Sumber: MARCA.

David Villa berhijrah ke New York City pada 2014 selepas bersama Atletico Madrid. Pada musim 2016, beliau dianugerahkan anugerah Most Valuable Player di liga tersebut.

Selama 4 tahun bersama New York City, beliau telah menyumbangkan 80 gol untuk kelab tersebut. Tetapi, beliau tidak pernah memenangi MLS Cup mahu pun Supporters Shield bersama New York City.

Semoga beliau berjaya di Kobe, Jepun. Mungkin beliau ingin mengulangi kejayaan di Sepanyol di mana beliau memenangi pelbagai trofi ketika menjadi pemain Valencia, Barcelona serta Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN