David Villa Kembali Sarung Jersi La Roja, Merajuk Buatkan Costa Hilang Tempat!

Sepanyol mengumumkan senarai pemain yang akan bermain dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018. Agak menarik apabila legenda David Villa tersenarai dalam skuad kali ini.

Aksi cemerlang Villa di Amerika Syarikat membuatkan Lopetuigi merasakan pemain itu berhak berada di dalam skuad. Lebih-lebih lagi Diego Costa sedang dalam masalah dan masih tidak berlatih sepanjang cuti pra-musim. Costa masih merajuk dengan Chelsea. Ini memberikan implikasi kepada tempat beliau di dalam kem Sepanyol.

Kali terakhir David Villa bertugas untuk skuad kebangsaan adalah pada 2014 dalam temasya Piala Dunia. Beliau mengumumkan persaraan selepas Piala Dunia tersebut.

Namun aksi cemerlang beliau dibantu kondisi kecergasan yang optimum membuatkan pemain ini terbuka untuk keluar daripada persaraan dan menyarung semula jersi kebangsaan.

Villa akan menyertai Sepanyol dalam tugasan  berhadapan dengan Liechestein Itali.

Sebagai rekod, Villa menjaringkan 59 gol daripada 97 penampilan bersama La Roja.

“Marcos Asensio, Aspas dan Deulofeu juga berada dalam senarai skuad kali ini. Lepetuigi yakin kehadiran Villa akan memberikan banyak manfaat kepada pasukan beliau.

Beliau juga ditanya tentang Marcos Alonso yang tidak tersenarai. Lepetuigi berkata:

“Marcos Alonso pemain yang baik. Jangan risau, kami sedang mengikuti perkembangan beliau. Kami sentiasa terbuka untuk beliau.”

Berikut adalah senarai penuh skuad Sepanyol yang terkini:

Skuad Sepanyol:

GK: De Gea, Reina, Kepa
DF: Jordi Alba, Azpilicueta, Bartra, Carvajal, Nacho, Monreal, Pique, Ramos
MD: Isco, Thiago, Busquets, Suso, Silva, Iniesta, Saul Niguez, Koke, Asensio
FW: Aspas, Deulofeu, Vitolo, Morata, Pedro, Vill

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN