Legenda David Villa, ‘El Guaje’ Pemusnah Sejati

David Villa antara penyerang yang pernah menjadi idola ramai remaja satu ketika dahulu yang mahu menjadi seperti beliau suatu hari nanti.

El Guaje

Jika dilihat kepada susuk badannya, pemain ini nampak tidak kuat secara fizikal. Namun di dalam padang Villa antara pemain yang balik sukar untuk ditumbangkan oleh pertahanan.

Etika di dalam padang, seorang yang rajin dan sentiasa tidak pernah mengalah membuatkan Villa antara penyerang yang sangat dikehendaki oleh mana-mana pengurus satu ketika dahulu.

Beliau sudah biasa bertarung dengan orang yang lebih besar daripadanya. Dia digelar El Guaje ketika kecil kerana selalu bermain menentang orang yang lebih besar. Villa terlalu bagus untuk bermain dengan kanak-kanak sebaya beliau.

Villa memulakan kerier bola sepak dai kecil lagi. Bakatnya disokong sepenunhya oleh ayahnya yang melihat anaknya seperti tidak boleh berpisah dengan bola sepak.

Pasukan pertama beliau adalah Langreo. Tahukah anda, ketika bermain dengan Langreo, David Villa mengalami kecederaan kaki kanan yang serius.

Ketika dalam proses pemulihan, Villa yang masih belum pulih sepenuhnya telah memaksa dirinya untuk melatih kaki kiri beliau. Dia cuba meyakinkan jurulatih yang dia sudah pulih.

Kelab seperti Langreo tidak ada pasukan doktor pasukan atau fisio yang benar-benar teliti. Villa berjaya memperbaiki kaki kirinya dan akhirnya pada kemuncak kariernya, ramai pengulas menganggap beliau adalah pemain kidal.

Villa boleh menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik.

Pada perkembangannya sebagai pemain, ayahnya agak risau dengan sikapnya yang pemalu (introvert). Dia sangat malas untuk bercerita tentang kehidupan bola sepaknya kerana kelabnya tidak menang apa-apa.

Pada usia 17 tahu beliau menyertai Mareo. Ketika inilah beliau mulai menarik perhatian Sporting Gijon. Beliau berjaya mendapatkan kontrak dengan pasukan remaja/pasukan B Sporting Gijon pada 2001.

Profesional

Pada ketika itu, Villa merasakan dia seperti di dalam mimpi. Kecacatan kaki kanannya dulu telah membentuk ‘kesempurnaan’ di dalam permainan beliau.

Ini kerana, beliau lebih gigih berlatih selepas itu. Vila kini berpeluan mengikut jejak langkah idolanya Enrique Castro `Quini ‘.

2 tahun di Gijon, Villa dipancing oleh kelab Real Zaragoza. Ketika di Zaragoza, nama beliau meningkat mendadak. Beliau menjadi kesayangan penyokong yang mulai menyanyikan lagi “Illa, illa, illa, Villa Maravilla” (Villa yang menakjubkan). Lagu itulah yang menjadi koir utama di stadium ketika itu.

Selepas aksi cemerlang pada musim 2004/2005, pada pra musim 2005/06, Zaragoza menerima banyak faks dan e-mail dari kelab lain termasuk kelab besar yang mahu membeli David Villa.

Villa kemudian dijual ke Valencia yang merupakan kelab elit di La Liga ketika itu dengan harga €12 juta. Musim pertama di Valencia, Maravilla sudah meledah 25 gol dan penjaring ke-2 terbanyak pada musim 2005/06.

2 musim berikutnya Villa menjaringkan 15 dan 18 gol dalam perlawanan Liga. Beliau mulai dikaitkan bakal menjadi legenda seperti Kempes, Waldo dan Mundo.

Skuad emas Barcelona

5 musim selepas di Valencia, David Villa dibeli oleh Barcelona yang ketika itu dalam revolusi Pep Guardiola. Barca membayar €40 juta untuk Villa. Satu harga yang tinggi ketika itu.

Karier beliau dibelenggu kecederaan sekali lagi pada Disember 2011. Villa berehat panjang. Beliau berusaha gigih untuk kembali cergas kerana Villa mahu beraksi dalam Euro 2012 di Ukraine. Namun malangnya Villa gagal untuk melakukannya.

Dia hanya kembali ke padang pada Ogos 2012. Villa terus aktif menjaringkan gol. Tidak lama selepas itu beliau dibelenggu kecederaan sekali lagi.

Kegemilangan bersama Atleti dan berkelana ke USA

Pada musim panas 2013, Villa memutuskan untuk menyertai Atletico Madrid dengan nilai €5.1 juta. Beliau membantu kelab tersebut menjuarai La Liga memecahkan dominasi Real Madrid dan Barcelona. 13 gol liga disumbangkan oleh Villa.

Mereka kemudiannya mara ke final UCL namun malangnya ditewaskan Real Madrid 4-1. Itu antara detik terbaik di dalam karier beliau.

Pada 2014, Villa memutuskan untuk berkelana ke USA menyertai New York City. Ini permulaan cabaran pertamanya di luar Sepanyol untuk bermain di Major League Soccer di Amerika Syarikat.

New York City adalah pasukan yang baru diwujudkan, ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Manchester City dan New York Yankees.

Itu adalah cbaran baru bagi beliau selepas lebih 500 perlawanan dalam bola sepak Sepanyol dengan kelab seperti Sporting Gijon, Real Zaragoza, Valencia CF, FC Barcelona dan Atletico Madrid.

Kemunculan sulungnya dengan Pasukan Kebangsaan Sepanyol adalah di Almeria pada 9 Februari 2005 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006.

Sepanyol bermain menentang Ukraine ketika itu dan Guaje menjaringkan 2 gol. Penyertaannya dalam pasukan kebangsaan akan menjadi tidak diragukan lagi dan dalam Euro 2008 dia menjadi idola bola sepak Kebangsaan.

Pada Euro 2012 beliau tersisih kerana kecederaan. Villa kembali semula dalam kejohanan major pada Piala Dunia Brazil 2014. Selepas itu, Villa umumkan bersara dari peringkat antarabangsa.

Yang mengejutkan semua apabila Villa keluar daripada persaraan untuk menyathut panggilan La Roja. Ini selepas pengurus Sepanyol, kecewa dengan Diego Costa yang masih belum balik untuk menjalani latihan.

David Villa dianggap pilihan ideal ketika ini berdasarkan prestasi semasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN