David Trezeguet Pemain Terbaharu Sertai Perlawanan Amal JDT All-Stars

Esok kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan perlawanan amal di Stadium Larkin yang menghimpunkan beberapa bekas pemain berkelas dunia untuk mengutip dana bagi disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

Antara nama-nama pemain berkelas dunia yang diumumkan beraksi dalam satu pasukan bersama pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ialah Ronaldo, Robert Pires, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda serta dibantu oleh beberapa pemain JDT.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak dapat menyertai perlawanan ini kerana mempunyai komitmen yang lain dan digantikan dengan bekas bintang Juventus, David Trezeguet.

“Pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, akan menyertai para bekas pemain handalan seperti Rivaldo, Robert Pires, Claudio Caniggia, Bebeto, Claude Makelele, Edgar Davids dan ramai lagi pada hari Ahad ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga turut beraksi dalam perlawanan tersebut.

“Trezeguet telah memiliki karier yang hebat bersama Juventus selama satu dekad, dan menjaringkan begitu banyak gol. Beliau juga telah di undi sebagai ‘Greatest XI’ Juventus pada tahun 2017,” kata kenyataan daripada Johor Southern Tigers.

Turut beraksi dalam perlawanan itu tetapi dalam pasukan ‘JDT Rest Of The World’ ialah Louis Saha, Bebeto, Caniggia, Rivaldo, Edgar Davids dan Marquez bersama pemain serta pengarah teknikal JDT, Martin Prest.

Mereka juga akan mengadakan sesi ’coaching clinic’ bersama para pelatih JDT Akademi di Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan menghadiri sesi ‘meet & greet’ bersama penyokong-penyokong bertuah di JDT Café pada 1 Julai.

Difahamkan tiket perlawanan tersebut berharga RM50 (Tempat Berbumbung), RM30 (Pintu C) dan RM20 (Pintu A&B). Kaunter jualan tiket juga dibuka antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dari 20 hingga 30 Jun (tertakluk sekiranya masih ada). Pembelian tiket atas talian boleh didapati di www.tickethotline.com.my.

Tarkih perlawanan pada 30 Jun nanti sempena hari keputeraan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan turut beraksi dalam perlawanan itu. Semua perancangan bagi mengadakan perlawanan amal itu adalah hasil cetusan idea Tunku Ismail.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN