David Silva Umum Persaraan Antarabangsa, Emosi Teringatkan ‘Cikgu’ Aragones

David Silva umum persaraan antarabangsa secara rasmi beliau bersara daripada arena antarabangsa dan akan fokus sepenuhnya kepada karier di kelab.

Silva bermain untuk Sepanyol sebanyak 125 kali, menjaringkan 35 dalam tempoh 12 tahun. Silva membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia pertama pada 2010.

Silva turut bersama-sama dengan Sepanyol menjulang kejuaraan Euro 2008 dan 2012. Silva dalam kenyataan beliau berkata:

“Ini bukan perkara yang mudah untuk duduk dan menulis surat, selepas apa yang saya lalui.”

“Saya mengambil masa beberapa hari, dan minggu untuk menilai dan menganalisis keputusan saya untuk menamatkan karier saya bersama Sepanyol.”

“Dan tidak syak lagi, ini adalah keputusan yang paling sukar dalam karier saya.”

“Pasukan kebangsaan telah memberikan segalanya kepada saya. Membolehkan saya berkembang menjadi seorang pemain dan manusia sejak hari pertama saya menyertai pasukan remaja.”

“Saya tinggalkan pasukan ini dengan penuh bangga selepas 125 perlawanan menjaringkan 35 gol dalam 12 tahun di mana kita berjaya menjulang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.”

“Saya pergi dengan gembira selepas apa yang saya capai, rasai dan impian bersama pasukan ini akan saya ingati selama-lamanya.”

“Dan saya meninggalkan era ini dengan penuh emosi, mengenang kembali semua detik yang berlegar di fikiran saya, misalnya, kelibat (mendiang) Luis Aragones, seorang cikgu yang kami semua tak akan lupakan.”

“Gracias, suerte y hasta siempre!”

Silva mengikut jejak langkah Gerard Pique yang umumkan persaraan antarabangsa beliau pada Sabtu lalu.

Selepas tamat Piala Dunia 2018, Andreas Iniesta terlebih dahulu mengesahkan persaraan antarabangsa beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN