Penjaga gol legenda, David Seaman meminta Bernd Leno yang dibawa masuk ke Arsenal pada jendela perpindahan musim panas yang lalu supaya lebih bersabar bagi merebut posisi penjaga gol utama buat The Gunners.
Penjaga gol yang bernilai £22.5 juta itu masih belum mendapat perhatian Unai Emery apabila Petr Cech masih lagi menjadi pilihan utama untuk diturunkan.
Walaupun Leno merupakan penjaga gol antarabangsa Jerman, Seaman mengakui bahawa beliau perlu bersabar dengan keadaan yang dihadapinya ketika ini.
”Hanya kerana dia (Bernd Leno) menghabiskan banyak wang kelab, ia tidak bermakna dia akan dapat terus mendapat tempat di skuad utama.”
”Dia masih perlu bersabar dengan keadaan ini. Petr Cech tidak melakukan apa-apa masalah di gawang Arsenal.”
”Baiklah, jadi dia (Cech) sudah menyesuaikan diri bermain dengan bola dalam kotak penalti tetapi dia dapat menyumbang kepada pasukan dan tiada apa yang akan mengakibatkan dia diketepikan.”
”Ia boleh menjadi proses pembelajaran buat Leno. Anda perlu bersabar dalam bola sepak.”
”Saya tahu. Saya terpaksa menghadapinya ketika saya bermain dahulu. Leno perlu membuang masanya untuk perkara ini.”