David Seaman: Arsenal Perlu Dapatkan Dana Cari Pemain Lebih Berkualiti

David Seaman

Legenda penjaga gol Arsenal, David Seaman menegaskan bahawa kelab London itu perlu untuk menjual beberapa orang pemain yang dilihat tidak memberikan sumbangan berkesan dan mendapatkan pemain baharu dalam usaha memantapkan kembali pasukan yang pada ketika ini seperti dilanda badai.

Arsenal kini hanya dipisahkan empat mata dengan zon penyingkiran apabila sekadar mencatatkan empat kemenangan, dua keputusan seri dan lapan kekalahan dialami selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Meskipun ia masih terlalu awal buat pengendali pasukan, Mikel Arteta untuk menekan butang panik tetapi dengan apa yang sedang dihadapi The Gunners membuatkan banyak pihak kecewa dengan perkembangan ini.

Arsenal kelihatan seperti kehilangan keyakinan untuk mencatatkan kemenangan dan terdapat beberapa pemain seperti Willian, Granit Xhaka dan Alexandre Lacazette menjadi mangsa kepada kecaman peminat serta legenda kelab tersebut.

Sehubungan dengan itu, Seaman yang melihat Arteta merupakan seorang pengurus yang berkualiti perlu untuk membuat perubahan bagi meningkatkan keupayaan Arsenal.

”Saya suka cara dia [Mikel Arteta] bercakap dan rakan saya memberikan laporan yang cukup hebat tentang apa yang dilakukannya ketika di padang latihan.”

”Pada saya, dia perlu untuk kekal dan kelab ini perlu memberikan sokongan penuh kepadanya untuk mendapatkan pemain yang dimahukannya,” ujar Seaman menurut laporan Goal.

”Pada ketika ini, terdapat beberapa orang pemain Arsenal yang saya rasakan perlu dijual bagi memberikan dana untuk mendapatkan pemain yang lebih baik.”

”Kami mempunyai ramai pemain muda dalam pasukan Arsenal tapi pada ketika ini tiada seorang pun diperhatikan kerana mereka kelihatan seperti kekurangan keyakinan.”

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Martin Keown: Willian Kelihatan Seperti Sedang Bercuti Di Arsenal

Bernd Leno Mahu Skuad Arsenal Terus Bersatu Hadapi Waktu Sukar

Mampukah Arsenal Kekal Di EPL Musim Ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN