Pemain Kacukan Malaysia-Australia, David Rowley Sah Bergelar Hijau Kuning

David Rowley, Kedah

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah mengumumkan penyertaan David Rowley daripada Kelantan selaku pemain baharu skuad Hijau Kuning dalam jendela perpindahan kedua, sebentar tadi.

Perkara tersebut telah diumumkan di laman rasmi Facebook KFA selepas selesai sesi pertemuan, perbincangan dan tandatangan kontrak bersama pihak pengurusan pasukan sebentar tadi.

Pemain posisi tengah menyerang berusia 29 tahun itu merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di Brisbane, Australia. Ini merupakan pasukan ketiganya di Liga Malaysia (Liga M) selepas bersama Negeri Sembilan pada 2018 dan Kelantan (2019).

Hanya beraksi sebanyak 9 perlawanan bersama The Red Warriors, David Rowley akhirnya memilih untuk meninggalkan pasukan yang ketika ini dilanda pelbagai masalah dalaman dan juga luaran itu.

Dan dengan Kedah ketika ini sedang menghadapi kekangan pemain di jentera tengah, kemasukkan David Rowley pastinya akan menambah pilihan buat pengendali, Aidil Sharin Sahak bagi mencorak taktikal untuk perlawanan yang seterusnya.

David Rowley ketika beraksi untuk pasukan Negeri Sembilan. FOTO: Inikan Bola

Memetik kenyataan di laman rasmi itu, “Jika prestasinya mampu memikat Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak, ia memberi lebih pilihan dalam menghadapi jadual yang padat bermula Jun nanti.”

Ini kerana, Kedah dijangkakan akan kehilangan kapten, Baddrol Baktiar yang akan digantung perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning sementara beberapa pemain pula masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan dan belum cergas sepenuhnya.

Antara pemain yang masih dilanda kecederaan dan juga dalam proses pemulihan adalah pemain import berasal dari Iraq, Anmar Almubaraki, Syahrul Azwari dan Azamuddin Akil.

Helang Merah juga dijangka akan melalui jadual padat apabila masih bersaing dalam Shopee Piala FA 2019 disamping aksi liga.

Sejak 2008, David Rowley telah berkelana dan beraksi di beberapa buah negara sebelum tiba di Liga M pada 2018 antaranya Liga Jerman, Liga Thailand dan juga pastinya Liga Australia.

David Rowley, Kedah
FOTO: Facebook KFA

Antara kelab yang pernah disertainya sebelum ini adalah Brisbane City (Australia), Inter Leipziq (Divisyen 5 Jerman), Tennis Borussia Berlin (Divisyen 5 Jerman) dan Nara FC (Thailand).

Beliau paling menonjol ketika bersama kelab divisyen 5 Jerman, Inter Leipzig apabila menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilan.

Pihak KFA mengesahkan bahawa David Rowley bakal menyarung jersi bernombor 55. Adakah beliau akan terus beraksi pada perlawanan minggu ini menentang Johor Darul Ta’zim(JDT)?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN