Sri Pahang menjadi salah satu pasukan yang giat membuat persiapan lebih awal serta ada rombakan baharu dibuat untuk menambah baik struktur dalam senarai pemain bagi musim 2023.
Terkini, pasukan tersebut sudah pun selesai berada di Thailand untuk siri pramusim mereka setelah berdepan beberapa kelab untuk menguji kekuatan serta kelemahan semasa.
Thank you @bgpu_official official and @novotelbangkokfuturepark for your great hospitality and pleasant welcome 🙏❤️#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo#preseason pic.twitter.com/E9RfG7SOiW
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 30, 2023
Berada bawah kejurulatihan baharu musim ini iaitu Fandi Ahmad, pastinya harapan penyokong Tok Gajah sedang meninggi untuk melihat perubahan positif dapat dibuat berbanding tahun lalu.
Fandi yang mempunyai pengalaman positif untuk mengendalikan beberapa kelab sebelum ini dilantik oleh Sri Pahang selaku jurulatih baharu mereka bagi menggantikan khidmat Dato’ Dollah Salleh.
Menurut David Rowley, beliau menggambarkan Fandi sebagai seseorang ang tampil lebih segar untuk mengolah semula setiap posisi dalam pasukan mengikut acuannya.
Rowley kekal Tok Gajah 🤝🏻
Dengan 18 penampilan keseluruhan, pemain tengah ini telah meletakkan diri sebagai salah seorang pemain penting pada musim pertamanya bersama SPFC. pic.twitter.com/GwHghAhSj4
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 18, 2023
Malah, kelebihan Rowley yang boleh beraksi di beberapa posisi lain juga menjadikan beliau tidak kisah diturunkan oleh Fandi dengan tugas berbeza mengikut situasi dan pasukan lawan.
“Taktikal serangan dan pertahanan yang berbeza diterjemahkan oleh Fandi buat kami musim ini. Formasi permainan juga dirangka kembali mengikut acuannya.
“Musim lalu, saya beraksi untuk beberapa posisi berbeza bersama Sri Pahang, rasanya ia masih akan sama pada tahun ini.
“Saya merupakan pemain yang serba boleh dan pastinya akan sentiasa bersedia untuk membantu Fandi jika beliau menginginkan perubahan lain. Apapun, beliau gemar ciri menyerang yang dimiliki saya,” jelas Rowley kepada kami.
Sepanjang aksi pramusim ini, Rowley juga menyatakan pengendali dari Singapura itu meletakkan beliau di posisi tengah dan serangan yang dilihat menjadi kekuatan utama pemain kebangsaan tersebut.
Sepanjang berada di Thailand, Rowley mengakui ada impak positif dipamerkan oleh rakan sepasukan untuk mula memahami kehendak diperlukan oleh Fandi di atas padang.
“Kami tewas ketika berdepan Seoul FC, tetapi kami berjaya mengikat keputusan seri ketika berdepan Chungbuk Cheongju yang diwakili pemain Malaysia iaitu R. Kogileswaran.
“Ianya boleh dianggap positif jika dilihat situasi semasa atas padang. Tambahan pula musim ini menyaksikan kami dibarisi ramai pemain muda,” tambah Rowley.
Pada masa sama, pemain bertubuh tinggi lampai ini turut memuji penyerang import baharu Sri Pahang iaitu Lucas Espindola yang dianggap sangat berkualiti dan tajam di hadapan gol.
Untuk sasaran peribadi, Rowley mahu meledak lebih banyak gol berbanding musim lalu, serta membantu Sri Pahang mencapai mana-mana kejuaraan.
47' GOL | Rembatan David Rowley dari luar kotak penalti menewaskan Syihan Hazmi untuk gol kedua!@OfficialPahang 2-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/fhH5LV68qQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Beliau yang tidak menolak untuk terus beraksi bersama Harimau Malaya musim ini berjaya mempamerkan aksi cukup positif pada saingan Piala AFF lalu.
Akhir sekali, Rowley sempat menyatakan kepada para penyokong Sri Pahang supaya bersedia untuk aksi bola sepak yang lebih menarik ditampilkan mereka.