Pengurus West Ham United, David Moyes percaya bahawa kekuatan bahagian tengah skuad bimbingannya pada perlawanan bertemu Chelsea malam tadi merupakan kunci kepada kejayaan menundukkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.
Chelsea yang berkunjung ke Stadium London dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri dalam 7 perlawanan terakhir liga akhirnya terpaksa menelan kepahitan setelah dilihat bergelut untuk merobek gawang tuan rumah yang dikawal rapi Adrian.
Berbeza dengan West Ham United yang bergelut bagi keluar dari zon penyingkiran apabila kali terakhir menang dalam saingan liga pada 30 September setelah menang 1-0 keatas Swansea City.
Eden Hazard yang sering menjadi nadi penggerak buat Chelsea jelas buntu untuk mempamerkan ‘magis’ yang dimiliki beliau pada pertemuan menentang West Ham United ini.
David Moyes berkata keputusannya untuk mengabaikan pemain yang akan mengawal ketat Eden Hazard dan memenuhkan kawasan tengah dengan Manuel Lanzini dijadikan sebagai pemain tambahan untuk membantu Mark Noble dan Pedro Obiang di bahagian tengah membuahkan hasil buat pasukannya.
”Saya sudah beritahu dalam sidang media pada Jumaat bahawa jika saya mempunyai seseorang yang saya fikir untuk mengawal ketat dia (Eden Hazard),” Moyes berkata dalam sidang media selepas perlawanan.
”Bila anda melihat sentuhan dan pergerakannya yang menakjubkan pada masa ini. Sesetengah daripada permainan, permainan penyerang berkembar fesyen lama, mereka akan saling bermain berdua,dia dan morata, sesetengah daripada permainan mereka sangat bagus.”
”Kami tidak fikir yang kami mempunyai pemain tersebut (untuk mengawal Hazard), jadi kami cuba untuk memenuhkan ruang di tengah padang sebanyak yang kami mampu.”
Dengan kemenangan 1-0 yang merupakan kemenangan ketiga musim ini diraih skuad bimbingan Moyes itu meletakkan West Ham United ditangga ke-18 bagi mencatatkan 13 mata selepas 16 perlawanan.